Popular Post


Assalamuaalaikum semuaaaaaaaaaaa :)😍😍

Ya Allah, rasa dah bertahun tahun tak update blog ni kan. haha. I'm so sorry. πŸ˜• and yeah, I'm a mom already. hehehe. Dari start kahwin sampai dah jadi mak baru nak update. haha. Sorry tau.

So today is my last day berpantanggg. Yeahhh!!! 

Alhamdullilah. Alhamdullilah. Alhamdullilah. Lepas juga hari berpantang(walaupun byk ponteng. kahkah). Memandangkan hari last berpantang, nak share la experience pregnant dan bersalin. hehe. Saja nak share lagipun nanti bila bila dah terlupa boleh tengok blog ni balik. haha.

p/s : Btw, I'm typing all this by using my handphone. Laptop rosak so redha je la guna handphone ye. 

To be honest, pengalaman mengandung melahirkan memang satu pengalaman yang bernilai dan takkan pernah dilupakan, lagi lagi anak sulung. Patut lah dulu kalau org cerita pasal mengandung bersalin mesti excited semacam. bila dah lalui sendiri baru faham. haha. Walaupun serius aku cakap, its not easy dear. NOT EASY. memang banyak sgt dugaan yang kena lalui. Airmata jangan cakap lah, sakit sakit semua tu, Allah je la yang tahu. Sebab tu lah Allah muliakan seorang perempuan yang bergelar "IBU, MAK, MAMA" etc . Pengorbanan diaorang sangat besar, masa mengandung dan bersalinkan anak ni lah baru kita sedar betapa hebatnya seorang mak. :')

Ok, so lets begin !

Aku start tau aku preggy masa bulan 10, 23/10/16 . masa tu aku tak tau pun aku mengandung. aku ingatkan salah makan ke apa sebab aku ada makan makanan dekat pasar malam. so aku assume memang aku salah makan la dan aku mati mati ingat demam denggi. Hahaha. Teruk betul. 

Simptom simptom dia sebiji kot macam demam denggi. Engkau bayangkan, aku rasa nak muntah, pastu rasa senak perut, berangin, lemau, banyak lagi lah. Haha. Semua benda aku rasa sebiji macam demam denggi. Mana expect nak pregnant sebab tak rancang pun masa tu. Then masa hari tu, aku nak ambil MC je, aku pegi la Klinik Amal dekat dengan rumah. Malas nak pi jauh jauh sebab tak larat. Oh, masa ni aku dgn suami aku duduk rumah mak dia lagi. Pastu pegi klinik, Dr tanya pasal period. Aku cakap la tak dtg dah dua bulan(aku regular 2 bulan sekali). So Dr cakap, "haa takpelah, kita check urine dulu sebab simptom awak ni macam orang mengandung pun ada". So buat je lah dengan lemau nya. Pastu serius weyh masa tu berdebar gak. Hahah. Actually, malam sebelum nak pegi klinik tu cakap ngan suami, rasa mcm mengandung pun ada. pastu dia cakap, kalau ada alhamdullilah. kalau takde kita redha je. Aku pun okay je la. Tapi malam tu memang teruk gila morning sickness aku, sampai menangis kot. Pastu aku pegang la perut aku, aku cakap " syg, kalau baby ade kat dalam. Bagitau kat mama, jangan buat mama macam ni. Mama tak larat. " Uish, sedih pulak ingat​ balik sebab memang sakit sangat masa tu. haha. 

Ok sambung pasal Dr tu, lepas buat urine tu, Dr tersengih sengih, pastu dia boleh tanya suami awak mana, suami aku sebelah aku je boleh tanya macam tu πŸ˜…πŸ˜…kecil sangat kot, Dr igt adik aku la tu. haha. Dr sahkan aku pregnant dua bulan. Then muka aku tak tau nak bgtau la. Hahah. Aku macam tak percaya. Tak tau nak nangis ke nak happy ke nak apa. Suami aku muke macam nak nangis tapi control macho depan Dr. Muahaha.

Tapi yg bestnya lepas dari klinik tu, suami aku layan macam QUEEN OF THE DAY. sehari je la tapi. hahah. Dia cakap, "syg nak makan ape hari ni, syg cakap je. Abg bagi. apa apa je.semua boleh" . dalam hati aku, amboii kemain. aku masa tu memang nak benda masam je. Terus pegi CS bantai beli buah benda benda masam semua. Selalu suami tak bagi, tapi hari tu semua aku boleh makan. muahaha. Dia jadi mcm org tak betul kot masa tu, happy sangat. Semua org dia bagitau. Nak jadi bapa la katakan. πŸ˜€Pastu siap ambil MC juga hari tu walaupun tak sakit. haha. Aku biarkan je sebab tak larat weyh nak cakap pape.

Yang kelakarnya aku tak yakin ni aku pregnant. Aku ajak suami aku p beli pregnancy test. Beli dua ok. satu yang mahal satu yang murah. yg mahal tak guna pun lepas test guna yg murah. haha. nampak tak betapa aku tak percaya masa tu. Then aku sabar tunggu test pagi esoknya, sebab orang cakap test waktu pagi lagi accurate. buat test, HAA POSITIF . haha. 

2 line ! hahha. satu satunya kenangan buat UPT.


hari tu juga pegi buka buku dengan ketidaksabarannya. bila check up kat klinik masa tu, Dr cakap kandungan kecil lagi means belum dua bulan lagi la. Dr kat klinik Ama tu kira guna tarikh last period aku je. Tapi alhamdullilah takde masalah pape sebab before tau aku preggy aku angkat berat, makan benda tajam dan macam macam lagi. Fuhhh, nasib tak jadi pape .

awal awal buka buku ni cantik je, sampai hujung hujung tak tau la nak cakap guane. haha

first clinic checkup. Blur okay masa tu. πŸ˜‚

Perubahan drastik aku masa mengandung, muke aku takde seri. kahkah. Kalau sebelum preggy pakai lipstick ape semua , starting morning sickness, kalau boleh nak pakai baju keje tudung, dah siappp. sumpah malas gila nak tepek bedak la gincu la. MALAS. haha. So, siapa yang tetiba hilang seri tu, anak perempuan la tu. Sebab orang kata anak perempuan ni dia ambil seri ibu. Mueheheh. Tak tau la betul ke tak, tapi tu jadi kat aku la.


1st trimester takde masalah sangat, just layan morning sickness tapi start masuk 2nd trimester, disini bermulanyaaa dugaannn. Masa aku 5-6bulan mengandungkan Rizqah, aku admit wad for 3 days. huhu. Mimpi ngeri okay.

macam macam perasaan masa ni. hmm.

Aku ingat lagi masa aku tengah keje, perut aku belah kiri mencucuk, rasa sakit sangat, rasa macam kena toreh ngan pisau pun ade. Menangis kot masa tu, then bos aku bawa pi klinik Amal tu, klinik tu je dekat  (berjasa betul klinik Amal ni kan) Dr check pun aku dok nangis2 sebab tak tahan, nasib baik masa tu patient xde. Aku sorg je. Haha. Dr scan baby, alhamdullilah okay. Tapi ntah aku rasa sakit. Dr bagi la suntikan painkiller untuk legakan sakit tu, tapi sejam lepas tu suntikan tu tak jalan. makin sakit lagi ade lah. Pastu Dr buat drip, masuk air. Dr dah suruh pegi hospital serdang. Tak leh nak buat ape. So hari tu juga la suami aku bawa pi hospital, nasib baik masa tu dia cuti. Masa aku sakit tu, suami aku keluar ngan kawan dia. Dia tau pun lepas aku kol bagitau aku kat klinik.


Masuk wad bersalin kat hospital serdang tu terus kena admit. Dr suspek kencing kotor ( aku tahan kencing . muehehe. JANGAN IKUT TAU kalau syg baby) Dr bagi antibiotik dan drip ENAM BOTOL weyh malam tu). Tuhan je la yg tahu. lengan aku sampai lebam lebam kena ambil darah ape semua. sakit kot.   Tapi nasib baik 3 hari je dekat wad. Tak lama pun, walaupun aku rasa 3 hari tu macam 3 tahun kat hospital.  Tak tau kenapa perasaan macam  tu. Aku kena bagi antibiotic la, ubat lawaskan kencing la, then next appointment refer Dr Pakar buah pinggang sebab kena tahu buah pinggang ada masalah ke tak. Dan alhamdullilah result dia okay, aku takde masalah pape pun. Entah kenapa hari tu sakit macam tu. Penat sangat kot. Masa tu aku tak pikir ape ape pun, aku just pikir nak anak aku selamat. Suami aku jangan cakap lah. Tak tenang sepanjang aku masuk wad, sampai dia tak pegi keje. Dia sanggup tunggu kat hospital tu, huhu. Thank you abang.

Lepas admit wad tu juga la HB aku drop sampai 10.6. tu paling teruk okay  . dekat sebulan juga hb aku tak naik naik. Teruk aku bantai makan kerang , makan buah ape lagi ntah untuk naikkan hb. Last2 aku just maintain makan buah jambu batu, minum susu HL, makan madu dengan makan ubat Zincofer kk bagi. Then alhamdullilah, hb aku slowly naik 11 something. Alhamdullilah. :') Banyak tips sebenarnya nak naikkan hb, tapi kdg ade yg tak menjadi mcm aku makan kerang. Aku mkn berkilo kilo pun tak naik. hahah. Tak sesuai ngan badan aku kot. 

3rd trimester, dugaan aku start sakit pinggang, takleh tidur malam dan kaki bengkak. Syukur Alhamdullilah, kaki aku bengkak tak teruk sangat. sekali je pernah bengkak sampai aku takleh jalan. Sometimes bengkak biasa then okay​ balik. Berat aku naik 1kg sebulan kot. haha. Dari 65kg (sebelum mengandung) sampai 72kg(last timbang 9 bulan). Tak naik banyak, lagi pun perut aku memang kecik. Haha. Aku masuk 9 bulan orang tak percaya sebab perut tak nampak sangat . 9 bulan macam 5 bulan. Awal awal tu risau juga , kenapa perut aku kecik je, kan biasa org memboyot kedepan. haha. Aku punya macam biasa je,  kdg tu terasa juga bila org kata, "eh keciknya perut" tapi lama lama tu aku bersyukur sebab ada hikmah tau, salah satu aku tak yah beli baju sebab semua baju aku muatttttt. heaven weyh tak yah beli baju. Jimat sangat. Banyak lagi lah, kalau perut kecil masa ngandung tak yah risau lah. Biar kecil asal baby sihat kat dalam dah cukup. "Kecil kat dalam besar kat luar"(aku suka ayat ni. haha). Kalau besar sangat nanti susah nak teran. muehehe.

penasihat terbaik aku ^_^ πŸ’•

Dan alhamdullilah juga la sebab aku ade penasihat terbaik masa aku mengandung which is HASANAH. yeahhhhhhh. Thank you so much sanah, kau banyak bantu aku, banyak bagi info, banyak ajar aku masa mengandung sampailah sekarang. Aku stress ke aku sakit ke semua aku campak kat kau. Haha. Maaf tau. Thank you so much juga selalu pinjamkan masa untuk dengar masalah masalah negara aku. aku bersyukur sangat ada kawan macam kau. Thank you so much babe. I love you. ❤

Then masuk 39 weeks aku dah mula gelabah dah sebab seminggu lagi due aku yg sepatutnya 12/6/17 aku bersalin tapi Rizqah keluar 7/6/17. haha.

6/6/17 , Selasa

hari aku checkup macam biasa. Aku bangun pagi tu, sakit gila kat pinggang. tak leh bangun. aku rasa mcm ada mild contraction tapi aku rasa takde pape sebab sebelum tu pun aku ade false contraction. so aku buat bodoh je la, pegi je klinik dengan sakit sakit tu. Macam biasa tunggu terpacak dpn klinik 7.30pagi. klinik buka kul 8 pagi. Sambil berdiri tu aku nangis sebab sakit rasa contraction. aku positifkan diri takde pape. biasa lah org mengandung, mengade dia lain macam sikit. haha. 

Masa jumpa misi ngan Dr semua cakap " eh tak bersalin lagi awak ni." haha. Dengan jalan penguin dok jumpa diorg lagi. Bagitau kat nurse sakit rasa macam contraction. Pastu nurse cakap, "ha ah ni dah ade tanda mcm nak bersalin, tapi rasa lewat lagi kot. awak ready je la, kot kot dh nak bersalin".

Malam tu aku ajak suami aku pi Cs memandangkan dia tak OT, ingat nak jalan jalan sebab aku dh cuti bersalin seminggu masa tu. Saje minta awal sebab selalu sgt rasa sakit. lepas maghrib dah siap ni pakai tudung nak keluar, tapi suami lambat lak. So solat isyak je dulu. Masa kami tengah solat tu aku terasa macam nak terkencing. aku pikir tahan je la dulu. nanti habis solat terus pegi toilet. Habis je tahiyat akhir, aku terus p toilet. Tak sempat masuk toilet, air turun dulu. Suami lak perasan air turun masa tu, dia tanya " air ketuban ke tu?" . aku dengan perasaan blurnya, " tak tau lah sebab tadi tahan kencing. bukan kot, lagipun due tak sampai lagi ni." yakin tu cakap camtu. haha. tak pasal2 ganti baju lagi. then suami kata, "tak yah keluar la, kita dok umah je. takut air ketuban tadi tu. " . aku dah merajuk, memang teringin nak keluar jalan jalan. Hahah. nak tak nak duk je la rumah. Pastu sempat lagi google tu, air ketuban macam mana. Hahaha. tanya sanah pasal air tu, then sanah pulak yang panik. Hahahadoiii. 


Tapi tak sempat aku balas wasap sanah, air makin banyak tumpah. Serious dia rasa macam nak buang air kecil tapi kita takleh control. aku cakap ngan suami aku, "dah abang, ni confirm air ketuban. Jom kita pi hospital." .Suami aku terus ambil semua barang utk bawa p hospital. Suami aku cool lagi masa tu. aku je yang kalut sebab dah nervous nak bersalin. Cuak weyh !


Sebenarnya, tanda tanda nak bersalin tu dah ada masa tu cuma aku je tak alert sebab lepas je aku dari klinik , aku asyik nak makan je kat rumah. yg peliknya lepas je aku makan nak membuang balik. makan buang makan buang. dekat 8 kali juga la.aku rasa macam takde makanan yang stay dalam perut aku. hahaha. kira tu salah satu tanda juga la.


Masa nak pegi hospital tu, aku nak makan dulu sebab lapar. Sanah pun bagitau, sempat lagi kalau nak makan sebab biasa esok pagi baru bersalin. so kami pun dengan gigihnya nak pegi kedai makan tapi tak jadi sebab air ketuban dok leaking. Basah kain, jadi tak selesa. So, singgah la pasar malam kejap.Hahaahha. ye,singgah pasar malamπŸ˜‚. Beli buah je pun. beli anggur then pi speedmart beli roti gardenia dengan milo. pastu baru merempit pegi hospital serdang. Syukur gak lah masa tu contraction takde lagi, boleh merempit naik motor pegi hospitalπŸ˜…πŸ˜…. terima kasih rizqah sebab permudahkan mama ngan ayah pegi hospital. Kalau tak , satu hal lagi nak pegi cari kete. Masa atas motor tu juga la aku dok mengunyah roti minum milo. 😁Adoii. ingat balik mcm tak percaya pulak. Bapa aku dah risau dah sebab aku naik motor. nak buat macam mana , tu je yang kami ada. hehe.


Sampai hospital, mengunyah dulu. makan roti, kurma, milo. Bagi kenyang betul2 sebab tau, kang masuk labor room takleh makan dah. Kena start puasa. So, baik makan dulu siap siap. habis makan, pi daftar kat wad bersalin. Btw, anak pertama kena ada surat nikah tau. Entah nape diorg minta surat nikah. Ape2 la, yg penting aku bersalin. haha. Dan satu masalah famous kat hospital serdang ni wad selalu penuh. So kalau kau admit wad, wad penuh. Tunggu la 48jam dekat wad bersalin tu sampai dapat katil. tak leh buat ape lah, sebab patient terlalu ramai. Masa tu boleh rileks lagi. dr suruh tukar pad, duduk dalam sejam utk kena check. 

Aku smpai hospital pukul 9mlm. Pukul 11 tu baru start contraction. 15minit sekali. Sakitnya ya ampunnnn. nurse pasang ctg, memang ada contraction pastu Dr check jalan baru buka 3 cm. Aku terus fikir dlm kepala, "AKU MESTI BERSALIN NORMAL". habis je kena check tu, aku terus berjalan dekat wad bersalin tu. Sejam lebih jalan pusing pusing dalam wad bersalin. Nak duduk takleh sebab sakit. lagipun aku nak buka jalan cepat. Non stop berjalan sejam tu, orang dok pandang aku biarkan je. Aku nak bg jalan buka cepat. Masa tengah jalan2 tu boleh pulak jarum kat tangan terbuka, darah menitik jatuh lantai, mati mati ingat aku turun  darah. neves mama sekejap. haha. Tapi masa aku jalan jalan tu , tak lekang juga la zikir nabi yunus tu dari mulut aku. Seriously, zikir tu insyaAllah boleh kurangkan rasa sakit. Sakit je aku zikir. Masa tu leh control lagi. heheheheeh.


7/6/17, Rabu

dah masuk hari baru, pukul 2 pagi tu Nurse pasangkan ctg, tapi contraction tu dah 10 minit sekali datang. Dr tnya makin kerap sakit ke, aku pun angguk je la. sakit kot! Dr check jalan , DAH 5CM!

"yes baby, we need 5cm more"

Terus tolak labor room. masa tu 3 pagi. aku mana tau labor room macam mana, sanah pernah citer labor room tu mcm bilik tapi still kita boleh dengar org menjerit. aku daoat labor room hujung sekali and aku sorang je dalam tu! 😐 org lain dok dua orang satu bilik. aku sorang. tapi dua org pun kau mana boleh borak sbb tgh sakit. haha. masuk je bilik tu, nurse pasangkan ctg kat perut , dia siapkn alat2 yang nak guna masa bersalin. Seriau ok tengok gunting ape ntah. Entah kenapa dalam labor room tu aku rasa contraction makin kuat pulak.  5 minit sekali, sakit dia sekali datang, tak boleh nak cakap. Memang sakit 😒😒😒😒 . sakit sengugut tu 10 kali ganda sakit dia tau.  haha. aku ingat pun ngilu lagi kat pinggang ni haa .

dalam labor room, suami dah boleh teman tapi suami aku dah lentok kat ruang menunggu. nurse panggil tapi dia mana nak dengar sebab tido. pukul 5 pagi macam tu baru dia masuk and serious weyh, suami ade kat sebelah rasa sayu dia tu lain macam. dapat semangat baru tetiba. Aku pikir dalam kepala, 'sakit ni kejap je. masa ni je aku sakit. pas baby keluar semua hilang.' and mindset tu sangat membantu.

tapi dalam​ masa yg sama aku tak tahan gak sakit contraction tu dekat 10 kali gak la aku panggil nurse, dan 10 kali gak aku kena marah. haha. garang akak nurse. aku first time kot,mana lah tau sakit dia macam nak tumbuk dinding pun ada. Masa sakit contraction ni la lelaki lelaki bergelar suami kena main peranan. bagi semangat ape semua. masalahnya suami aku makin aku sakit makin dia menangis. Aku dah lah lemah tengok dia nangis. satu hal pulak nak pujuk dia dalam sakit sakit tu. haha.

Dekat pukul 6 macam tu, nurse check jalan DAH 9CM. okey 1cm lagi sayangggggggg. Tapi nak tunggu 1cm tu ya rabbi ya rasul, seksaan sakit contraction tu. Allah je la yang tahu sakitnya. masa tu kesilapan aku bila menjerit sebab terlampau sakit. Aku tau memang tak leh jerit, takut habis tenaga. Tapi sakit kan, mana ingat pape dah. Next time kalau ade lagi memang belajar dari kesilapan. Please mommy² to be, sakit macam mana pun, JANGAN MENJERIT. ambil pengajaran dari cerita aku ni. . Sebabkan menjerit aku hilang separuh tenaga aku. Dan akhirnya aku bersalin secara NORMAL + VACUUM. terpaksa ada bantuan vacuum sebab baby dah lemas and aku dah tak cukup tenaga. Agak sedih juga la sebab tak dapat bersalin normal sepenuhnya dan suami aku pun tak nampak aku bersalin sebabkan vacuum suami tak leh tunggu dekat dalam labor room. Tapi apapun aku bersyukur,

7/6/17, Rabu, 7 pagi

Alhamdullilah. Allahuakbar.


aku selamat melahirkan seorang bidadari yang sangat comel. yang dinamakan oleh ayahnya, NUR RIZQAH RAMADHAN BINTI MOHD RAMZI HAZEM. Masih terhidu bau wangian syurga masa pertama kali mama cium ubun ubunnya. Dan masa tu juga la airmata mengalir, terlalu indah kebesaran Allah. Terima kasih Allah. :') . Dia lahir masa ramadan, sebab tu ada ramadhan. hehehe.  .

Sakit yang aku tanggung selama 9 bulan dan masa nak bersalin tu hilang sekelip mata bila tengok baby keluar dah dari perut. Betul la orang cakap, bersalin memang sakit ,itu kenyataan, tapi bila dah nampak muka baby. SEMUA HILANG MACAM TU JE. :')

Terima kasih buat suami tercinta yang selalu ada di samping aku. Semalam dia dah buat session touching dah throwback semua kisah kami. aku control emosi je dengar dia cerita. muehehe. Tak mau nangis.

Terima kasih buat family tercinta dan family mertua yang tak pernah henti mendoakan kami. Yang banyak bagi sokongan. Mak bapa yang sanggup datang jauh dari Tawau semata mata nak jaga aku berpantang. :') Terima kasih makkkk pakkk. Sayang sangat.

Terima kasih buat kawan kawan yang selalu ada masa aku susah. Bila aku ada masalah , kamu semua sentiasa ada. Kamu selalu jadi penyelamat. You know who you are. :')

Terima kasih untuk semua yang bagi hadiah untuk Rizqah, macam macam yang Rizqah terima dari korang semua sampai tak terhitung untuk kami ucapkan terima kasih. Terlalu banyak. Terima kasih untuk semua yang dari jauh sanggup datang rumah tengok baby. Terharu sangat tiap kali ada org datang.

Terima kasih juga kepada semua doktor doktor, nurse nurse hospital serdang yang banyak sangat membantu masa dekat hospital. Layanan diorang semua terbaik. πŸ‘πŸ‘πŸ‘Syukur alhamdullilah, Allah permudahakn urusan sepanjang aku nak bersalin sampai lah aku keluar wad dan balik rumah. Kuning Rizqah pun tak lama, seminggu je. Dia tahu ayah dia keje kan, takleh cuti lama.  hehe. Syukur lah.

So, tu jela cerita dia.Maaf sebab memang panjang  tapi ya, aku nak abadikan cerita ni dalam blog. hehe.

Nur Rizqah Ramadhan anugerah terindah buat ku dan suami tercinta. Cahaya Rezeki Ramadhan daripada Allah.

Terima kasih Allah. Segala pujian hanya untukMu.

Oh ye,Sepanjang mengandung, aku memang suka cari maklumat. Selalunya aku refer kat facebook Group Kelab Ibu Mengandung Malaysia dengan Group Info Ibu Hamil. Dekat whatsapp pun ada group ibu ibu. Best tau group ni, ramai yang suka kongsi pengalaman, kongsi berita and kalau kita ade benda nak tanya je. Aktif pulak tu. πŸ˜‚ Tapi aku lebih suka jadi silent reader, Suka baca pengalaman diorang, ambjl tips ape semua. Lagipun sekarang kan semuanya dihujung jari.  hehe.

aktif gile kot group ni. Tiap hari kena clear chat. haha


Last but not least, 
doakan Rizqah, mama dengan ayah sihat selalu ye :)

Thanks for reading ! :)

- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -