Popular Post



Assalamualaikum w.b.t semua. I’m back ! 


ade ke yang rindu saya? :'(


Beribu maaf bila blog ini hanya terbiar begitu sahaja. Secara ringkasnya kenapakah mengapakah bagaimanakah dimanakah apakah begitukah, lia mendiam untuk beberapa bulan sebelum ini sebab lia tengah praktikal dan lepas tu lia balik Sabah. Sebenarnya lebih kepada masalah internet “kenapa” lia dah tak update. Hehe :3 Maaf k Maaf. :’/  Terlalu banyak benda yang berlaku... kalau lahhhh lia boleh cerita segalanya dalam blog ni. Hmm. Boleh je sebenarnyaaa tapi makan masa. Haha. Nak update blog kena tunggu ada mood menaip k macam sekarang. Heee.

Cerita semasa lia PRAKTIKAL DEKAT MPOB , insyaAllah lia akan story lepas masuk semester 2 nanti dalam next entry. Sayang kalau lia tak story ngan korang ! sebab terlalu banyak pengalaman bermakna masa praktikal tu. Hihi. Btw, dalam seminggu lagi lia akan masuk semester akhir ! wahhhh ! excited2 . heee. Sikit laa tapi keTAKUTan nak masuk tu lagi banyak k. Adesss. Final sem weyhhh. Final year project tak pikir lagi ni. Adoi., anyone bagi idea nak buat apa  untuk final year project nanti. Pleeasee. Hahaha.

So, entry ni nak cerita pasal apa? Lia nak cerita pasal bapa lia. ALIK BIN PATANG. Bapa kesayangan lia ! Lelaki terhebat dalam keluarga lia. Lelaki yang sangat2 bermakna bagi kami. Its about him. Terlalu banyak airmata yang jatuh dua semenjak ni :’( hmmm. 


Hai pak ! :D



Korang pernah terfikir tak ? pasal kematian? Pasal kesakitan? Hmm.

3 minggu lepas lia balik Tawau dengan mak , ayah dan Sitti Kartikah sekali. Tipu lah kalau lia tak cakap lia excited nak mampus balik rumah. EXCITED la woi ! nak nak dah dekat setengah tahun tak balik. Sumpah rindu. Rindu angin di Tawau. Rindu makanan di sana. Terutama rindu family :’) Alhamdullilah lia selamat sampai dekat Tawau hari tu. Rutin harian lia tak sebosan yang lia sangka. Sampai sahaja dekat Tawau, lia boleh kata HOSPITAL BESAR TAWAU tu macam hari2 lia akan pergi. 3 minggu lia asyik ulang alik dekat hospital. Kalau bukan teman mak , teman bapa. Tak merungut pun. SIKIT PUN TIDAK.


Mak, rindu :'( 
MAK. Setiap minggu mak kena jumpa Dr gigi untuk pasang gigi palsu. Mak punya gigi palsu yang bahagian gigi bawa hari tu jatuh n masuk dalam lubang tandas. Tak sengaja. So mak kena buat appointment dengan Dr pakar gigi dan buat gigi palsu yang baru. Seriously lia tak paham langsung procedure buat gigi palsu tu. Lia Cuma teman je. Tapi lia kesian dekat mak sebab mak tak dapat makan benda2 yang keras. Yelah, cuba bayangkan kita Cuma ada gigi atas tapi gigi bawah langsung, kau boleh makan benda yang keras? Tak kan?  3 kali teman mak tu , 3 kali tu juga Dr hanya ukur gigi palsu mak. Lia tak pahaammmmm. Kenapa kena ukur setiap minggu? Dan yang paling tak best 4 5 kali lak tu kena ukur. Haishhh. Sampai minggu ke 3 tu, mak dah mengamuk. Marah. Geram. Sebab mak nak sangat dah makan benda yang keras.. tapi Dr kata belum boleh guna gigi palsu tu. Entah apa lagi yg dia nak ukur =.=’ Dan janji pulak next appoinment bulan 3 sebab Dr pakar gigi tu cuti CNY. aihh. Pulakkkkkk. Hmm. Hanya mampu suruh mak lia bersabar. InsyaAllah ada hikmah.



Pak, rindu :'(


BAPA. Kisah bapa terlalu panjang dan menyedihkan :’( Lia dah maklum awal dah yang bapa akan operate mata 10/2/15.  Dr sahkan mata bapa lia ada KATARAK, sejenis penyakit mata. Pernah belajar dulu tapi entahlah penyakit apa tu :3 ... So jalan penyelesaiannya Cuma kena operate je. Dan buat pertama kali dalam hidup bapa lia, beliau setuju untuk jalani pembedahan. Padahal seorang bapa lia adalah orang yang sangat menentang pembedahan. Entah kenapa bapa setuju. Mungkin itu saja jalan yang beliau ada. So bapa setuju je. Kot. 

Berapa haribulan entah, kami datang klinik pakar mata Hospital Tawau tu untuk bapa lapor diri dan setuju untuk buat pembedahan. Sebelum bapa buat appointment tu pihak klinik mata tu check mata bapa, suruh ambil darah dan buat X-ray. Then diorang bagi kad temu janji untuk admit wad. Kos rawatan semua RM730 tidak termasuk wad.  

10/2/15 – RABU  


prosedurnyaaa. ya ampunnnn.


Hari bapa lapor diri admit wad. Kami datang awal ke hospital dalam pukul 7.30 pagi sebab kakak sulung lia, kak ani kena masuk kelas (dia cikgu) .. Seriously, hari tu hari yang sangat menguji kesabaran kami semua. Bayangkan kami datang awal pagi tapi prosedurnyaa. Allahurabbi. Rasa nak bakar klinik tu pun ada. Haha. Awal2 datang, bapa kena check mata lagi. Lepas tu pegi jumpa Dr mata tanya pasal persetujuan pembedahan , check tekanan darah ape lagi ntahh. Sampai tertidur2 mak lia. 



Tapi bapa lia tetap tenang menanti. Lia pun kuat semangat untuk teman mak bapa lia sebab lia nak bagi bapa semangat sepanjang dia buat pembedahan tu. Kesian dan Sedih. Tu je perasaan lia. Lia paham jauh di sudut hati. Bapa lia dah takut n risau. Alahai. Biasa la.. lelaki EGO. Luar nampak tough tapi dalam hati ada taman. Mak lia pula jenis yang memang straight to the point. Hati tisu. Cepat sangat tersentuh. Lia tahu mak lia dah tak tentu arah sehari sebelum bapa kena masuk wad lagi. Macam2 benda tak betul terjadi. Ce bayangkan kami langsung tak bawa keperluan n makanan untuk bapa masa masuk wad tu. Hahah. Bapa Cuma bawa diri masuk wad je. Dah masuk tu baru kalut nak cari tuala, gelas, roti bagai... moral of the story, sebelum masuk wad pastikan semua keperluan ada. Ok ? Lagipun mana la  nak ingat. First time kot bapa lia masuk wad. Mana nak ingattt. :3 2 petang lepas makan n solat zuhur baru ayah masuk wad. Muka mak risau, muka macam tak nak tinggalkan bapa jangan cakaplahh... Tak lekang dek bibir cakap pasal bapa. Nak melawat lahhh nak bawakan bapa itu lahh ini lahh. Aduhai mak. Setianya seorang isteri di samping sang suami.


 
Malam tu tidur bertemankan air mata fikirkan bapa. Tiada bapa disisi mak. Kesian tengok mak.

11/2/15- KHAMIS



Hari pembedahan. Kami datang awal 6.30 pagi. Waktu melawat pagi Cuma setengah jam, Itu pun awal pagi 6.30 pagi hingga 7 pagi. Masa kami datang tu, bapa buat lawak kata nurse bagi ubat tidur malam semalam sebab bapa tak dapat tidur. Asyik bercerita dengan kawan katil sebelahnya. Alahai bapa. Masih mampu tersenyum. Dan pagi tu bapa dah siap2 pakai baju pembedahan. Nampak bapa macam excited. Mungkin sebab kali pertama. Lega nampak senyuman bapa awal pagi tu. Waktu pembedahan belum lagi diberitahu masa tu sebab nurse kata kena tunggu giliran. Hari tu, 7 orang yang akan operate mata. Lepas waktu melawat pagi tu, lia dengan mak keluar pergi bandar. Sementara tunggu waktu melawat tengah hari. Saja bawa mak jalan2 dekat bandar sebab tak nak mak bosan dekat hospital. Tengah hari pukul 12.30pm kami datang lawat bapa. Kami nampak muka bapa dah lain macam. 



Sudahhh. Dalam hati lia, mesti ada something ni., Bila ditanya, okeyy.. dah tau.. bapa tengah takut n berdebar sebab bapa tengah tunggu giliran. Kawan sebelah katil bapa dah kena operate n dia cerita dengan bapa yang dia rasa sakit sangat masa kena operate. Bapa tak cakap. Tapi dari bahasa tubuh badannya, nampak sangat. 




 
Dan, alhamdullilah. Pukul 2 petang, bapa ditolak masuk ke wad pembedahan. Kami pun dibenarkan untuk menunggu diluar wad bedah. Mak lia masa tu, tak keruan, kerisauan di mukanya nampak jelas. Lia tahu mak tengah tahan air mata. Cuma lia tak nak mak nampak lia lemah. Lia senyum n cari kawan untuk bercerita. Tuhan sahaja yang tahu macam mana perasaan kami masa tu. Itu PERTAMA KALI dan insyaALLAH yang TERAKHIR bapa lia masuk wad. Kami menunggu di luar wad dari pukul 2 ptg sampai pukul 3.30 ptg. Nampak bapa di tolak keluar dari wad bedah...


Alhamdullilah. Terima kasih Allah. Nampak muka tenang bapa. 



Sampai dekat wad.. soalan pertama keluar dari mulut kami, “ sakit ka pak? “ ... bapa tak jawab.,. tengah sibuk nak tukar baju pesakit. Haha. Tapi alhamdullilah.. bapa boleh tersenyum lepas pembedahan tu. Hari tu, kami pastikan bapa makan n berehat dan petang tu kami pulang rumah. Penat. Seharian di hospital.

Malam tu pula aku migrain. T.T

13/2/15 – KHAMIS


Hari bapa keluar wad. Kami datang lawat bapa awal pagi macam biasa. Bapa belum boleh balik pagi tu so kami terpaksa tunggu sampai tengah hari. Pagi tu lia bawa mak keluar jalan pegi bandar lagi. Dan sengaja lia bawa mak pegi makan KFC sebab mak lia tengah mengamuk pagi tu, pasal gigi palsu tu la... huhu. Lia pun tak tau nak pujuk pagi tu. Then tengah hari tu, masa kami nak pegi melawat bapa.. kami nampak bapa turun dari lif dengan baju batiknya. Subahanallah. 


Alhamdullilah., Bapa dah boleh balik ^^

Dr nasihatkan bapa sentiasa makan ubat n banyakkan berehat selama 2 minggu. Mata bapa tak boleh kena cahaya dan makanan bapa kena dijaga.
J
Malam tu , kakak2 lia, abg ipar, anak2 buah lia, mak lia dan bapa lia semua berkumpul sekali.. kami makan bersama dan dalam masa yang sama menyambut kembali kepulangan bapa yang semakin pulih. Kami gembira bila bapa cakap dia dah boleh melihat dengan mata kirinya yang di operate.

Alhamdullilah. Allah maha besar.

TAPI ...........................................................................................................................

Siapa tahu apa yang terjadi hari esoknya kan? :’(

 **************************************************************************************************

14/2/2015 – JUMAAT 

Hari Lia balik KL. Hari yang sepatutnya mak bapa lia hantar pegi airport. For the first time in my life, mak bapa lia tak hantar pegi airport dan tak tengok lia pegi melepasi pintu gate. Seorang diri dekat airport. The saddest day in my life :’( :’( Paling teruk sekali bila lia terpaksa tinggalkan bapa lia dalam kesakitan masa nak pegi airport tu. :’(

  
mata masuk habuk tengok gambar ni :'(
badan bapa btul2 lemah :'(
Awal pagi tu, bapa lia mengadu yang dia sakit perut. Mak cakap bapa tak de selera langsung nak makan, nak minum pun tak nak. Bapa hanya terbaring lemah atas tilam. Masa tu juga lia bersiap nak bawa bapa pegi hospital, tapi bapa tak nak. Degil. Bapa memang jenis yang degil. Langsung tak nak dengar bila nak bawa pegi hospital. Sebenarnya disebalik kedegilan bapa tu sebenarnya tak nak menyusahkan kami dan lia faham bapa fikir keadaan kami masa tu, tiada kenderaan yang nak hantar. Akak sekolah, lia pulak takde lesen, teksi susah nak cari dekat kg tu. Hmm. Bapa lia hanya menahan kesakitan dan alhamdullilah tengah hari tu bapa rasa dah okay. Bapa boleh keluar pegi masjid solat jumaat. Lega rasanya. 

Namun, kelegaan itu sekejap Cuma. 

Bapa kembali mengadu yang perutnya sakit. Kali ini bapa meraung kesakitan kata perutnya seolak2 dicucuk dan berasa pedih. Buntu sangat masa tu. Cuma dapat tolong urutkan perut bapa tu dan minta bapa tahan sementara tunggu kak ani datang. Allah :’( Namun sekali lagi kami diduga bila kak ani yang satu2nya harapan utk hantar pegi hospital migrain. Dan lia paham sangat bila migrain, semua benda tak boleh nak buat apa lagi nak drive.. Memang tak boleh. :’( Bapa pula dah semakin lemah :’( Lia pula darurat nak pegi airport masa tu juga.. :’(

Tapi, segalanya dipermudahkan bila Allah berikan bantuan. :’(

Terima kasih Allah. 

Kak ani minta tolong dengan kawan-kawannya(cikgu nurizah dan cikgu hamidah. Terima kasih cikgu atas segala pertolongan yang diberikan, semoga Allah membalas segala jasa2 cikgu berdua) untuk hantar lia pergi airport dan hantar bapa pegi hospital. Sumpah berat sangat kaki nak tinggalkan rumah masa tu. Bapa lia asyik meraung kesakitan. Pertama kali dalam hidup lia tengok bapa lia tak mampu untuk menahan kesakitan. Entah apa penyakitnya. Airmata nak menitis masa tu juga tapi lia kuatkan hati, Tak Nak mak bapa lia nampak lia lemah. Hanya kucupan sayang di pipi mereka sebagai ucapan selamat tinggal.

Sayunya hati.
Kerisauan memikirkan keadaan bapa.
Sepanjang dalam flight lia menangis ingat apa yang terjadi. Tambah lagi mak kata bapa lemah sangat. Langsung takde tenaga nak bangun :’( .. Segalanya berlaku sekelip mata :’(  

Rupa-rupanya bapa ada penyakit kencing tak lawas.. terlalu banyak kafein dalam badan bapa :( sebab tu bapa rasa sakit perut n lemah sangat2. Allah :'(






Petang tadi, akak lia send gambar2 dekat whatsapp family, diorang jalan2 di Taman Permainan depan rumah. Syukur alhamdullilah. Tersenyum gembita melihat gambar bapa. Semua ni jadi kenangan buat lia dan family lia. Terlalu sakit tapi lia yakin di sebalik kesakitan ni tersembunyi 1001 hikmah. 


Bapa. Cepatlah sembuh. Cepatlah sihat. Kami nak bapa yang dulu, yang selalu buat lawak, yang akan selalu buat kami tertawa. Kami terlalu sayangkan bapa. Kami tak nak bapa sakit lagi. Kami sayang Bapa.

Semoga mak bapa terus diberikan kesihatan dan umur yang panjang. Semoga Allah sentiasa merahmati mak bapa dan sayang mak bapa sebagaimana mak bapa sayang lia dan adik beradiknya lain dari kecil hingga kami besar.  

AMIN.  

p/s : baca entry blog ni sambil dengar lagu AYAH - RINTO HARAHAP , boleh mengalir air mata beb. T.T





- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -