Popular Post

Pernah tak kau rasa sayang akan seseorang?
Pernah tak kau rapat dengan seseorang?
Pernah tak kau rasa tak nak kehilangan akan seseorang?

Allah...

Aku tak tahu kenapa hati ini berbolak balik untuk berkata-kata. Jauh disudut hati ingin sangat berkata terus dan tidak lagi tersakiti. tapi.. aku hanya manusia biasa. aku juga punya rasa takut. aku takut semua itu hanya akan menambahkan keruh air sememangnya sudah keruh.

Allah...

Aku rindu akan dia. Bukan hanya aku .. tapi juga mereka .. dan mereka. rindu akan dia. Aku rindu dia yang dulu. Dia yang sentiasa ada bersama aku. Bersama mereka. Rindu sangat. Andai dihitung rindu ini, rindu ini takkan terhitung, andai di ukur rindu ini, takkan terukur rindu ini.

Maaf andai hambaMU ini terlalu lalai untuk merindui insan itu.

Dia pernah hadir dalam hidup ini, dia juga yang mewarnai hari-hari ini.. Dia juga yang mengajar erti sakitnya di khianati , dia juga yang mengajar apa itu erti setia , dia juga yang mengajar apa itu erti saling memerlukan dan melengkapi.

Dulu...

Kami pernah mencipta pelbagai impian. Kami pernah bergelak sakan akan hal yang remeh. Kami pernah tertawa dengan hal yang kami sendiri tidak tahu dimana lawaknya. Kami juga pernah saling merindui walaupun berpisah hanya sekejap cuma.

Rindu,...

Airmata ini tidak henti mengalir.. Mengalir sederas rindunya aku kepada dia.. Aku gagahkan diri ini untuk mencoret beberapa luahan hati aku untuk dia. Aku tak tahu dimana harus aku mulakan. Aku tak tahu aku perlu mulakan dengan perkataan apa untuk dapatkan dia kembali kepada kepangkuan ku dan juga mereka.  Aku cuma ingin menjaga sekeping hati yang dia miliki.

Aku tidak mahu melukai hatinya. walaupun sedikit , walaupun sekecil dan setajam jarum yang mencucuk  kulit nipis manusia. Aku tidak mahu. Aku cuma ingin dia tahu yang aku dan mereka merindui dia. Dia yang dulu. Dia yang selalu ingat akan aku dan mereka.

Mungkin..

Silap aku dan mereka bila tidak berkelakuan yang sepatutnya. Tapi aku dan mereka tidak pernah menginginkannya seperti itu.. Kami sentiasa mahu yang terbaik untuk dia. Kami sentiasa inginkan yang sempurna untuk dia. Jauh disudut hati kecil kami tidak pernah untuk melihat dia bersedih hanya kerana kami. Sangat jauh.

Berharap..

Tidak pernah penat untuk berdoa agar semuanya kembali seperti sediakala. Maaf kalau sedikit luahan hati ini mengguris hati sesiapa. Cuma .. ada satu ketika apabila aku buntu untuk berkata-kata. Disini aku akan lari. Disini jua aku akan cerita.

Semua ini hanya sekelumit luahan hati dari insan yang merindui dia.

Aku dan mereka sentiasa akan ada disini. Menanti. Berharap. dan Berdoa.
Kami RINDU.

Sekian. 

- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -