Popular Post

assalamualaikum ~ hye2 semuaaaa !!!

                




cik yaya dah 22 tahun tauuuuu...


7 Ogos 2014 , genap umur budak kat atas ni 22 tahun ! tahniah tahniah tahniahhhh. hahaha. selamat membesar wahai cik yaya. terima lah suprise birthday  small party daripada sahabat2 anda :)
okey , actually nak cerita pasal suprise birthday untuk yaya ni. hahah. sangat lah tragis. muahaha.

ehh. takdelah. tipu je :P

macam ni , masa hari selasa hari tu , tetiba rasa nak buat suprise untuk yaya sempena hari jadinya hari khamis hari tu. so, ingat sekali la makan2 kuih raya lia kan. banyak kot. bukan sikit k. ! ( terima kasih untuk kawan2 yang bawa kuih raya untuk lia ) mueheheheww. so , try la plan dengan member2 lia .. first2 tu tanya la dengan diorang dekat FB , siap buat chat group k. heheh.





Ajak dalam 13 orang , tapi yang boleh join 8 orang
je. alhamdullilah lahh. not bad. :) hehehe. apa2 pun thanks kepada semua yang join. especially yang tolong menjayakan , Saidatul A'isyah sebab sudi pinjamkan bekas makanan n jug air yang besar untuk party tersebut , sangat2 berterima kasih :) , untuk Miera Azmi yang banyak sangat membantu dari awal perancangan sampai lah akhir. Thank you Miera ! muaahhh! :) Dhiya , Nabil , Kak Yati , Yana , Pija dan Ainun sebab tolong jayakan suprise birthday party untuk yaya ! thank you semua ! sayang korang sangat2 :) Tanpa korang semua ni tak menjadi. hehe.


Thank you sayang2 sekalian :)
Okey , fasa pertama ajak2 member settle then proceed pergi listkn menu untuk party kecil tu nanti. Kitaorang pun decide buat mee hoon goreng , kentang, nugget , plus2 kuih raya, ada buah2an sikit n buat air anggur. hehhe. dan yang paling penting KEK . heheh :) hari Rabu malam tu , kitaorang gerak pegi ECONSAVE beli bahan2 untuk masak dan beli hadiah birthday untuk yaya. specially thanks untuk Miera n yana tolong carikan bahan2 semua tu , lia dengan nabil sibuk cari hadiah untuk yaya., hahaha. yang rasa lawak hari tu , kitaorang pergi hari rabu malam kot , tapi kemain ramai manusia dekat econsave macam hari minggu. kitaorang pelik sangat. hahaha. k. abaikan. alhamdullilah , bahan semua cukup n tak over bajet. hahah. '

dan esoknya , hari KHAMIS :) 7 ogos. bufday yaya ! 
kitaorang start masak petang dalam pukul 4. awal2 tu minta tolong miera masakkan tapi last2 minute lak miera ada esaimen kene settlekan petang tu juga. so dengan segan silunya minta tolong ngan Dhiya teman masak. hehe. alhamdullilah. semua berjalan lancar dengan bantuan Dhiya tolong potong sayur , bawang n etc. sambil2 tu tunggu yana balik dari kelas sebab minta tolong dia goreng kentang n nugget. ohh yee ! btw kami guna periuk ( multicooker) kak yati n hasanah ! thanks kak yati sebab pinjamkan periuk ! hasanah pun, hehe... walaupun orangnya takde , tapi dia tetap bagi kitaorang pinjam. heheh.

Ingatkan semuanya akan berjalan lancar petang tu , tapi2 guess what ? something yang UNEXPECTED berlaku petang tu !! 

YAYA ADE DEKAT KKM !

Cuak , nervous ... itu jela perkataan untuk kitaorang petang tu. tau kenapa? dia datang kkm pegi bilik kawan dia , then dia cari bilik lia. adess. dah lah time tu tengah masak2 dekat bilik lia. seriously kitaorang tak terbayang pun dia akan datang kkm.huhu.. ada hikmah masa lia tengah goreng meehoon tu , tetiba knorr secukup rasa kitaorang hilang. so lia minta tolong yana pegi bilik miera minta benda tu. lepas 10 minit macam tu, tetiba kak ummi datang bilik buka pintu bilik lia ,

" LIA , YAYA ADE DEKAT ATAS ! BILIK AKAK ! "

Time tu juga jantung berdegup kencang ! pfftt. lia dengan dhiya time tu betul2 cuak dahh. yalaa. tak nak suprise tu tak menjadi. penat kot. sikit je lagi dah nak settle benda tu. hahaha. disebab kan satu titik nila rosak susu belanga. macam tu la boleh di ibaratkan yaya ni. hahah. kerana dia seorang huru hara 1 blok 13 kkm tu. hahaha.


k , macam ni ceritanya . 

masa yana otw g bilik miera , dia terserempak ngan yaya dekat tangga . yaya tanya dekat yana , " mana bilik roza? " .. yana dah nebess sangat time tu , memang tak lahh dia akan bgtau yaya kann. kang hancur semua plan kitaorang. yana jawab " MANA LA YANA TAU " ... k . yang tu lia memang gelak gila2 , boleh lak yana jawab macam tu. hahahah. yana ajak yaya pegi bilik miera , time tu miera baru je bangun tido , miera kata dia blur sebab yana dtg macam kena kejar monyet n dia pun terkejut sebab yaya ade kat belakang yana.  yana bagi hint dekat kak ummi suruh bgtau kat lia yang yaya ade dekat kkm. yaya pegi tanya miera mana bilik lia , miera jawab " MANA LA AKU TAU , AKU BUKAN BUDAK KKM " .. k nie pun lawak punya jawapan. tapi ada logiknya daripada yana yang kata tak tau bilik lia katner. hahahah. 

then , yana tipu yaya kate bilik lia dekat tingkat 2 ,. actually bilik lia dekat tingkat 4. hahha. yana cuak tak tau nak g mane , dia pegi bilik kak yati . kak yati time tu pun tengah tido. memang terkejut gak la kak yati masa yana n yaya datang. orang2 dekat kkm semua tau pasal plan suprise party untuk yaya kan. tu yang semua komplot . yana kekonon pinjam hp kak yati nak kol lia. padahal lia yang kol , yana bg alasan nak keluar bilik sebab tak dengar. hahah. then yana balik bilik.

lia dekat bilik jangan cakap , dah nervous. takut yaya datang bilik. . habis semua kasut dekat luar bilik lia bawa masuk. sampaikan dhiya pun takut nak keluar bilik. hahahah.  yana kate , yaya tengah cari kasut lia masa tu sebab nak cari bilik. haha. lia kol ainun n pija dekat zaba suruh yaya balik zaba. haha. last2 kul 7 macam tu , yaya pun balik sebab ainun minta tolong yaya belikan topup.
kesian gila dekat yaya.

haha. tak habis2 lia gelak masa tu. kisah sebenar kenapa yaya datang kkm hari tu , . konon2 kitorang nak ajak yaya gi tengok wayang malam tu . tapi tak sangka pulak ainun dah ajak yaya g makan dekat AUSTIN . tu yang yaya dilema , nak jumpa lia sebab nak bincang pasal tu. sama ada nak g tgok wayang atau g makan. lia pun tak tau yang ainun dah ajak yaya . tu laa. tak bincang sama2 , kan dah clash. haha. kesian yaya 2 hati masa tu...  kitaorang plan nak prank yaya kononnye kitaorang ajak yaya kluar malam tu , nanti yaya turun g bilik ainun , kitaorang dah standby kat bilik ainun then jerit , SUPRISE !!! HAPPY BIRTHDAY YAYA ! ...

tu laa plan sebenar. ~~

emmm emmm. tau takkk. petang tu yaya MERAJUK ngan lia kot !! Sedih gilaa. sebab yaya tak pernah pun merajuk ngan liaa. sobbsss :'/  yang sedih2 gila tu , masa lia kol yaya , dia tak angkat punn. banyak kali kot kol dia, sampai zaba baru dia angkat , tu pun dia cakap , " nak ape?" tudiaaa. nak ape T.T sedihh.

tapi tak kesah pongg. lagi bagus dia merajuk. hahaha.

lepas semua keadaan kembali tenang . kitaorang pun sambung masak. plannya , lepas maghrib g amik kek dekat bangi . tapi terlajak lak sampai kul 8 lebih baru gerak. sebab makanan lambat siap. semua sebab yaya datang kkm n secukup rasa tu hilang. hahah. tapi alhamdullilah juga laaa. persiapan makanan berjalan lancar. .

masalah masa nak ambil kek pun satu hal , pija dah bagi alamat tapi kitaorang tak pernah pegi pun rumah kakak kedai kek bangi tu. hahah. sesat la juga kejap dalam setengah jam. kesian kat miera , dah lah tak pakai spec masa tu, kena slow2 cari rumah. siap tanya pak guard bangla dekat mana rumah. cari punya cari. last2 jumpa. fuhhh. letih. 


thanks to pija sebab tolong order .
Thanks juga untuk kedai kek bangi sebab buat kek Butterscotch yang sangat sedap.
RM59 je ! :) sangat berbaloi.
sape2 nak order gi link fb ni => https://www.facebook.com/kedaikekbangi


yaya pulak dah sibuk wasap lia , pukul bape nak gerak gi makan. haha. . masa tu memang berlakon habis konon2 nya dah nak gerak. sempat tipu lagi kate miera tolong hantar g zaba n dia sakit perut so lambat sikit. hahah. padahal tengah sibuk cari ais batu dekat seven eleven n gi isi minyak.  kak yati , yana n dhiya gelak2 je dalam kereta. tukang tolong bagi idea untuk bagi ayat paling power buat yaya percaya. hahah. 
alhamdullilah. sampai dekat zaba dalam kul 8.45 pm.. bawa barang n makanan ape semua g bilik ainun terus. dan yang tak leh blahh nyee lia berlakon bawa helmet pija dari bawah pegi bilik yaya. diorang yang lain tengah setup semua makanan kat bilik ainun. yaya terkejut gak masa lia datang bilik yaya. bawa helmet k. nak bagi real punya lakonan. haha... masa tu yaya memang innocent gila , dia tak dapat rasa or hidu kitaorang punya plan suprise untuk dia. lia borak2 macam biasa lagi dengan dia. lia tanye gak pasal dia datang kkm cari lia , then dia punya tak puas hati cerita dekat lia .memang tak boleh nak tahan. lia gelak habis2. nasib dia tak perasan lia gelak ikhlas masa tu. ehh. gelak ikhlas? hahah.  dah siap2 bagai, dia pun bawa helmet dia, kan nak keluar gi AUSTIN , masa tengah jalan , otw nk g bilik ainun, lia dekat belakang yaya dah roger2 dekat pija suruh standby. haha. betul2 nak bagi jadi prank ni. 


ni je menu kitaorang ~ heeeee...


sampai je kat bawah , yaya gi bilik pija , takde orang. then , yaya ketuk bilik ainun. dia buka pintu ,

" EHH. GELAP. EHH ( dia tengok hadiah ) , lepas tu EHH ( dia nampak ainun ) .." 
then ,

SUPPPRIIIIISSSSSSSSEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

HAPPY BIRTHDAY YAYA !!! :D


Orang2 di sebalik tabir ! haha. thankss uoolsss.

alhamdullilahhh. prank menjadi ! yaya TERKEJUT ! yaya tak syak ape2 ! hahaha. dia cakap dia betul2 tak tau pasal tu. hahah. plan g AUSTIN n tengok wayang adalah auta semata2. heheheh. :D






ape2 pun , thank you kengkawan2 semua yang tolong lia dari awal hingga akhir , sayang korang semuaaaa. :D sesangat tauu !!! malam tu memang kenyang gilaa. sebab makanan banyak sangat . dengan kuih raya , mehoon goreng, kek lagi. kentang lagi. hahah. rezeki malam tuuuu :) sempat lagi kitaorang layan 1 movie . hehehe. :D

and untuk cik yaya !

tutup mata ! hahaha. flash punya pasalll

SELAMAT MEMBESAR sayanggg ~ hope yaya dapat ingat kenangan ni sampai bila2 . :) maaf sebab dapat buat suprise birthday party yang kecil n simple2 ni je . Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Jangan lupakan kami kawan2 semua kalau kawin nanti !heheh. nak seat VIP tauuu ! heheh :P

okeyy. tu je cerita lia untuk kali ni. mueheheww.. before end , ni ada video masa hari kejadiaannn . hehehe :D



em emm.. okelahh.
nak tidoo. hehe~ 
bye~

~LIA~ 

- 5.39am -




- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -