Popular Post

UPDATE 28/1/2015 : SAYA SUDAH TIDAK MENCARI RUMAH SEWA DAN SAYA BUKAN ORG YG MEMBERI SEWA.TERIMA KASIH. 

assalamualaikum. salam ramadan semua :)

hari ni puasa ke 21 ke 22 eh? hahaha. dah tak ingat T.T sebab tahun ni kan tak rayaaa. so, rasa macam feeling tu hilang sikit. sobbsss. takpelaah. 

lia macam takde idea nak taip apa sebenarnya ni sebab ... arghh sudah.... taip padam taip padam... lia tengah bercelaru sekarang ni. actually tengah dok fikir pasal rumah sewa ni. ehh. silap. bilik sewa untuk praktikal nanti. emmm.. emm. emmm. 

bulan 9 ni, insyaALLAH praktikal dekat WISMA SAWIT KELANA JAYA. hari tu dah g survey dengan Sitti Kartikah. Alhamdullilah. lia ada kawan nak praktikal sekali. heheheheww. takde lah cuak sangat nanti. bila entah. minggu lepas punya minggu lepas kot. Kitaorang minta tolong dengan Miera hantar g kelana Jaya. kononnya nak tengok tempat praktikal dengan cari rumah sewa sekali. kononnya laaa.



Thanks Mieraaa . sebab tolong hantar dan sudi tolong kami cari rumah sewa hari tu. 

Kitaorang gerak dari UKM dalam pukul 12 kot. sempat juga sesat kejap dekat USJ sebab Miera silap jalan. heheeww... then last2 guna GPS pegi sana. yang lawaknyaa. bila sampai dekat sana. tak nampak pun simbol2 MPOB . hahah. pusing punya pusingg. tak jumpaa. kitaorang dah macam orang jual barang dah masa tu sebab pusing2 dekat tengah2 KELANA JAYA. muahahha. Kitaorang tu , Lia , Sitti , Miera dengan Kak Ummi. okey. kak Ummi pun ikut sekali. heheh.

Cari punya cari tak jumpa pun T.T .. sedih k sedih. huhu. GPS tipu kitaorangg. then , pegi laa tanya orang2 sekeliling. tunjuk alamat pun diorang dah kata betul. Then , masa tengah pusing2 tu, nasib la terserempak dengan 2 orang abg yg tengah borak., nampak macam kerja pejabat. kot. sebab diorang pakai baju formal gitew. abg tu kata , kami silap tempat. adesssss. then , abg tu bagi penunjuk arah. .

Alhamdullilah. Jumpa pun.



tadaaaa ~~~ kami punya bakal tempat praktikal . besar baq hanggg ~~ -..-
sampai2 tu , Lia dengan Sitti dah memang cuak . tengok bangunan besar :3 ni ke tempat praktikal kami? huhuhu~~ Doakan sepanjang praktikal kami berjalan lancar. Aminnn. Company ni betul2 depan lebuhraya k. bersebelahan dengan Kastam Diraja Kelana Jaya. . Wisma Sawit ni betul2 kawasan perindustrian. sekeliling semua bangunan2 . adeehhh.

Apa2punn. doakan yang terbaik buat Lia dengan Sitti k. huhu.

Lia nak mengadu . meluah. bagitahu. cakap. cerita. everything !!!! nak mengadu pasal RUMAH/BILIK SEWA ! seriously woi ! susahnya nak cari rumah/bilik sewa dekat kelana jaya ni T.T susah . susah . susah :'( dah dekat 3 minggu asyik cari. tak jumpa. kalau ada pun condo. flat. dan macam2 lagi.

Setiap pagi. Setiap petang. Setiap malam. Asyik buka website2 ni.








Itu sahaja la link2 yang lia boleh gunakan untuk cari rumah sewa dekat kelana jaya. Yang kira boleh dipercayailaaaa. itu sahaja laaa. setiap hari cari rumah/bilik yang sesuai. Hari tu hampir2 dapat dekat tempat praktikal. Bilik sewa dekat SS5A . dekat sangat dah dengan tempat praktikal . kalau dapat tu memang bahagia dah hidup kami. sebab boleh jalan kaki pegi sana. 

tapi , empunya bilik sewa tu macam tak nak je sewa bagi dengan kami. sobss. sebab bila lia cakap lia cuma tinggal 6 bulan untuk praktikal terus dia macam nak tak nak je layan kami. sedih T.T lagi satu masalahnya dia nak orang sewa bulan 8 sebab dia dah nak pindah bulan 8 tu. huhu. Lia cakap lia sanggup tau sewa sebulan tu walaupun lia tak duduk situ. semata2 nak dapatkan bilik. Bila cakap nak share dengan Sitti. Orang tu cakap tak boleh. sebab bilik tu dah ade rummate. then dia bagi harapan palsu , cakap member dia ade sorang nak pindah gak. bulan 9 . so cun laa kan. kira okey la. sebab kami pun nak masuk bulan 9. . tapi harapan hanya tinggal harapan. dia cakap kalau jadi nanti dia contact kami. tapi dah seminggu. takde pongggggg. kejaaammm. T.T sampai hati buat macam ni dengan kami. hmm.. 

Terpaksa cari rumah lain lagi. Seriously weiii. rumah/bilik sewa dekat kelana Jaya ni mahal gila. jangan main2 k. nanti kalau kerja , memang tak nak kerja dekat Kelana Jaya. palis2.sewa mahaaalllllll. flat pun rm600++.. nak bunuh orang ka apa? huhhh. mahal ! tak tauuu lah kalau bagi orang yang dah berkerjaya rasa harga tu murah tapi bagi lia mahal k mahal. huhuuuu. 

Lia baru buat 2 iklan untuk cari rumah. satu dekat ibilik.com tu , satu lagi dekat majalah.com tu je. harap2 dapatlaa. sebab baru2 ni ada 2 orang yang email lia. yang sorang bagi informasi pasal rumah sewa... tak tau la siapa , tapi thanks sangat dengan kakak ni :') isnin ni baru nak kol masjid Kelana Jaya ni. kalau dapat . Bersyukur sangat !


Lagi satu , baru perasan 2 hari lepas. sobbss. kakak tu tanya sama ada lia dah jumpa rumah sewa ke belum. . lia tak perasan mesej dia sebab dia punya email uh masuk dekat SPAM. huhu. sedih betul . lia dah balas pun email dia. hari2 check email. berdoa supaya akak tu reply balik. tapi takdaa pun. :(



wahai kak ezan yang tidak dikenali, reply la email saya :(


BUNTU. 

eyaa. buntu dah nak cari rumah/bilik sewa dekat kelana Jaya ni. tak tau nak cari kat mana lagi. tak tauuu. takut kalau2 tak jumpa sebelum bulan 9. lepas raya kalau tak jumpa lagi. memang kami kena bekerja keras cari rumah sewa. :'(

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN LIA DENGAN SITTI UNTUK CARI RUMAH/BILIK SEWA DALAM MASA YANG TERDEKAT NI.

Aminn.

Kalau tak dapat memang ada juga yang bermusafir . hari2 tinggal dekat masjid Kelana Jaya tu. Tumpang tidur n mandi je. makan dekat kedai. hahahah. aisshh . palis2 . hehe. Korang2 yang baca2 ni , kalau ada info2 atau ada kawan2 atau ada family atau ada siapa2 laa yang berhajat nak sewakan rumah atau bilik dekat area MPOB KELANA JAYA tu. bagitau laaa ehhh.

Ohhh yaa. MPOB KELANA JAYA ( WISMA SAWIT) tu berdekatan dekat SS6, SS5, SS7 Kelana Jaya. kalau jauh sikit dari MPOB KELANA JAYA tu pun tak pe laa. mungkin kami boleh naik bas/teksi g sana setiap hari. :3 memandangkan Lia dengan Sitti dua2 takde lesen motor mahupun kereta.

apa2pun,

feel free to email me : zalea93@gmail.com

Semuanya bisa ! Tolong kami ! Thank you semua !

:')

tak lama raya , tapi lia tak raya pun.. huhuhuuuu.

thats all, kbye. 
~LIA~



One Response so far.

  1. Az Rie says:
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -