Popular Post

assalamualaikum ... hye2 semua.


yeahhh. gua sihat walafiat dan makin sihat. hahahahha. :P
ni gambar latest guaaa masa nak balek semenanjung hari tu.
dalam mobil ayah. sedih sebenarnya time ni. HAHA 

lia rasa dah macam bertahun2 tak menaip dekat blog ni. nasib baik tak berhabuk macam buku. hahaha. . okey . ni ada banyak benda nak cerita. ehh. banyak ke? entahlah. banyak kot. mueheheheww.. salam ramadan uolsss :) semoga ramadan kali ni kita dapat buat amal dan ibadah lagi banyak2 . insyaALLAH :)

hari ni dah masuk puasa yg ke 6 kan? kejap lagi laaa kann. semalam 5 , so hari ni 6. lia dah sibuk fikir pasal raya? hmm. no3 . lia fikir mana nak stay masa raya nanti :( lia sekarang ada dekat UKM sebab ada short sem. pess taimm tau raya adilfitri dekat perantauan. siyes. pes taimm. :( uwaaa T.T balik tawau??


memang boleh balik pun dekat harga tiket macam ni T.T
kadang2 pandai jatuh airmata ni kalau ingat nasib masa raya nanti. member2 semua dah beli tiket balik rumah . lia? masih terkapai2 . emm. yes , i have family here. yang lia boleh pegi masa beraya . KEDAH ? rumah akak yang ke 6 . dia raya dekat sg petani. rumah mertua dia, boleh tu boleh kalau lia nak pegi. tapi tulah. kos nak pegi sana. emm. rm100 lebih gak tu. duit takde sekarang :( akak pun tak dapat nak support. then , tanya dekat kakak yang ke 5 yang duk dekat JOHOR. hmm. hampa gak sebab dia balik TAWAU raya tahun ni :'( so tak boleh la kann. BANTING? akak yang ke 4 , dia maybe raya dekat banting maybe raya dekat MELAKA rumah mertuanya juga. hmm. so 50-50. tak tau lagi. kalau dia stay dekat BANTING raya ni , boleh lah pegi . katanya abg ipar kerja sampai raya ke 3. emm. okey la tu. raya ke 4 balik lah UKM kan? ... entahlah. tengok keadaan . tak tau lagi. In case semua tak boleh , terpaksa lah pergi dekat rumah makcik kat puchong kot. tapi tulah segan . sebab family makcik tu ramai. walaupun anak2 makcik tu sepupu2 lia juga., tapi seriously segan . pegi sana pun tak pernah , tiba2 raya nak menumpang. hmmm. 

aaaaaargggggghhhhhhhhh !!!!

rasa nak menjerit bila ingat raya ni. ramadan jangan pergi boleh? 
hmmm. rasa nak skip hari raya je. T.T sedih weyhhh. korang tak rasa apa yang aku rasa. :(
biar lah dulu. kalau terpaksa duduk dekat UKM je masa raya takpe lah kot. kalau dah terpaksa nak buat macam mana kan... sedia tisu banyak2 nanti. HAHAHA. :3

rasa2 lia happy ke sekarang?
emm... BERKECAMUK.

not bad laa. sebab lia ada 3 berita gembira hari ni ( khamis , 3/7/14 )

first , pasal LI . bulan 9 kang kena LI . entah ready ke tak nak keje ni. insyaALLAH sebelum LI tu , lia akan persiapkan diri. hehe. insyaALLAH........... :)

 
 Surat jawapan Latihan Industri daripada MPOB KELANA JAYA
 
Alhamdullilahh. lia dapat praktikal dekat MPOB KELANA JAYA nanti. insyaALLAH . masuk daftar diri 1/9/14. dan yang part bestnya dapat LI sekali dengan Sitti kartikah ! heeee :D kami memang rancang nak LI sesama. cuma.. cuma ... cumaa. serabut sekarang , sebab nak cari tempat tinggal and also transport nak pegi sana. . so, sape2 yang ada rumah dekat2 MPOB KELANA JAYA tu mohon komen or bagitau lia ehh. hehehe . thanks. nanti nak pergi survey tempat kerja tu dengan Sitti .sebab nak cari tempat tinggal n cara nak pegi keja tu. acaner hahhh. :3 dah la dua2 takde lesen. kalau ada lesen motor ok gak. boleh sewa motor. muahahahha. pergi keja naik motor pun jadilaaaaaa. *tengah bayangkan naik motor dengan sitti* muahahah. 

doakan semuanya berjalan lancar k ! sebab LI kami 6 bulaannnnn.. huhu. sampai januariii. harap2 supervisor kitaorang okey je . AMIN :D

2nd , 

air dekat blok dah ade !!! hahahah. excited giler bila air dah ade. yelahh. dah lah short sem , tiba2 air takde -..- sakit hati tau tak. nak buang hajat memang susah giler :3 sabar je laa. mandi pun guna air pili bomba. air pili bomba tu takde lah bersih sangat. buktinya jerawat2 dekat muka dah tumbuh. BANYAK lak tu -..- huhh. harap2 air ni tak buat hal lagi sampai kami habis short sem . hope so ! 

3rd , 

okey . PROJEK KUMPULAN SEM 4 kitaorang tak settle lagi. excited giler tadi bila explore Macromedia Flash 8. best rupanya main benda tu. hahaha. semuanya sebab laptop buat hal masa hujung2 nak habis sem tu. huhu. . tadi baru dapat explore. tengok tutorial u tube bagai. alhamdullilah. walaupun macam2 cabaran kami tempuhi sepanjang buat projek kumpulan ni . kami dapat juga hasilkan game ni. even tak macam yang kami bayangkan. Projek kami buat game :) nama game kitaorang JR CODE . game programming utk kanak2. just nak perkenalkan pasal programming dengan  diorang.  tadi lia test nak masukkan lagu sebab masa present dengan examiner kami tak sempat masukkan lagu sebab masalah2 teknikal. nak tengok n test main?? Tapi korang kena download dulu la. before that nak bgitau ni bukan yang latest sebab yang latest one dengan ketua kumpulan kitaorang. hehe. dia tak bagi yang latest lagi.so lia try yang ada je dulu. hampir sama .,cuma yang latest dan final tu lagi cantik n simple dari yang ni. tak berterabur sangat macam ni. HAHAHA.  kalau korang nak tengok pegi link ni je ( http://youtu.be/NvCyONxg9bM ) , ataupun kalau nak test yang percubaan n tak complete ni pegi link ni (http://snk.to/f-cdufgmpx ) . hahhh. yang dalam you tube yang sebenar game kitaorang.

okey , my last story pasal laptop lia . hujung2 sem hari tu kann lia punya lappy buat hal T.T macam ni ceritanyaa. hari tu hari ahad tak silap . hah. lia baru balik dari TAMPIN ( program KCFM ) .. lia baru on lappy , lepas mandi bagai .. on laaa lappy dengan bahagianya sebab konon nak upload video2 masa dekat tampin. excited tau , dah rancang dah lepas upload tu nak buat game. tapi ter-lagha pulak sebelumnya tu , sebab lia pegi tengok cerita thailand yang lia tak habis tengok . cerita YES OR NO. ketulahan kot masa tu , sebab lia lambat2 kan solat isyak n terlagha. dah lah tengok cerita pasal percintaan lesbian. -..-' eh , bukan lia saja tengok tau , ter tengok . :3 rupa2nya last2 diorang kapel :3 tak paham lia cerita thailand tu -..- ... masa tengah2 tengok tu , tiba2 gigi sakit teramat2 sakitnya . lia pun buatlah air garam . selalunya lia buat air tu dekat toilet je , tapi entah sebab sakit sangat lia buat dalam bilik la. ambil garam n letak air suam . letak atas meja n kumur2 , lia malas nak g toilet lia buang dekat tingkap , and bila nak duduk tu terlanggar air garam dekat meja tu. DUUSSHHHH !!! lia terkesima sebab air garam melimpah atas meja :( kena keyboard . lia terus ambil kain lap keyboard tu. dan betapa bod*hnya lia , lia tak tengok pun air bawah lappy. ingatkan dah okey la kan. lia sambung tengok cite thailand tu. then tetiba screen lia berubah jadi hitam n bergaris. ehh ehh ehhh. lia dah cuak , kenapa nii?? kenapa?? then laptop pun  MATI. Allah !! kenapa?? lia angkat lappy. guess what?? 

AIR GARAM PENUH BAWAH LAPPY !!!!

dah masuk dalam dah puunnn T__________T masa tu betul2 speechless. nangis tak berlagu n macam2 lagiii. tak tau nak cakap apa lagi. sobsss. T______T .... then lia tekan2 power button tu. TAK BOLEH !!! TAK BOLEH WEYH !! TAK BOLEH :( memang time tu terus keringkan lappy. speechless jangan cakap. mengadu dengan kakak2 dekat whatsapp. bukannya bersimpati tapi gelakkan aku lagi adalah T.T sedih tak terhingga. sobss... malam tu tidur tak berlagu. esoknya lia pegi dekat FKAB , sebab dekat situ ada technician yang lia kenal, ENCIK ZULKEFLI. katanya reti baiki laptop , dah nama technician kan. kena lah pandai. sebab time tu tak nak keluar bajet utk laptop tu. nasiblah technician tu okey . dia tolong baiki gak. lia tak hantar denga technician FTSM sebab diorang ni jenis main bayar sikit kalau guna servis diorang. tak semua lahh. sesetengah je. heheheh. 

seminggu k laptop lia dengan encik ZUL ! hari2 lia update dengan dia. masa hari keberapa entah , lia tanya dia . dia dah baiki belum . dia hantar gambar ni dekat wechat :3 




uwaaaaaa T.T masa tengok ni rasa nak bercucuran air mata. tapi sabar k sabarr. lappy aku dah togel ! sedih bangat !!! sangat sedih T.T kesian tengok lappy aku. Encik Zul kata banyak sangat air garam masuk. lepas seminggu tu dia pulangkan balik dengan lia . malam tu lia buka lappy ! Alhamdullilah ! dapat buka ! Lia ingat lagiiii. ni gambar masa dia dapat hidup sekejapppp malam tu~~


sekali lagi lia lagha ! masa dapat lappy tu , terus on fb bagai .. twitter . padahal sepatutnya lia buat game ! T.T aaaa. nampak sangat ALLAH ingatkan lia supaya lia buat benda2 faedah dengan laptop ni. huhu. sebab esok petang tu lia try on dah TAK BOLEH ON !!!! masa tu rasa nak menjerit macam masa tumpah air tu . huhu. T.T sakit hati ! kenapa rosak lagi? lia tanya encik Zul. dia kata ada benda yang rosak dalam tu. emmm. dia suruh lia buka sendiri. hmm. memang ye la kan aku buka dengan pen. skru pun takda !! T.T lia menangis lagi malam tu. pagi tu solat hajat , lia pujuk diri lia..

" Lia , semua ni mesti ada hikmahnya. Allah takkan pernah uji hambaNya melebihi kemampuannya"

Alhamdullilah. hati terpujuk. dan pagi itu. Allah hadirkan  seorang lelaki. Lia tak kenal pun. tiba2 ada seorang lelaki ( hihi ) , dia hantar chat dekat wechat lia . katanya nak tolong lia. nak tengok apa masalah lappy tu , then kalau dia boleh baiki dia nak tolong sebab dia pernah belajar baiki lappy. then lia pun try la tanya2 , dia cakap dia tinggal dekat semenyih n boleh je kalau nak ambil dekat UKM. lia was-was sikit dengan orang tak kenal lia , lia pun minta jaminan, lia cakap "kalau saya bagi lappy saya , apa jaminan yang lappy saya selamat dengan awak? " sebelum lia dah minta maaf kalau2 dia kecil hati, lia cuma nak berhati2 . tau dia jawab apa? " saya bagi notebook saya dengan awak " .. time tu , ALLAH... baiknya hati lelaki niii !!! then buat lah janji temu , petang tu juga dia datang amik laptop lia , and bagi notebook dengan lia.  dan unexpected ! dia mesej petang tu juga lepas 2 jam macam tu , dia bgtau masalah lappy tu. rupa2 nya masalah RAM . RAM lia dah rosak . tak boleh guna. sebab tu tak leh On. time tu dia offer lia RAM second hand 2GB RM80. sebab dia takde stock baru RAM . kalau beli yang baru dalam RM150 katanya. lia pun tanya pada yang pakar sebelum setuju. n kawan lia kata okey je guna RAM second hand. lia pun bersetuju . dan dalam pukul 6.30pm dia dah siap buat lappy tu. hahh? so fast ? hahaha. dia cakap " pasang je pun. tak buat ape sangat pun...." .. ALHAMDULLILAH3X . time tu bersyukur sangat sebab lia dah dapat lappy lia seperti sediakala :) tak sangka kan?? dalam kesusahan , ALLAH sentiasa bantu kita. heheh. 

nak tengok gambar diorang? ni hahh. lia curi dari wechat ! HAHA. (actually , Lia jarang sangat guna wechat . entah hari tu dah uninstall then , install balik. )


ni Encik Zul , technician FKAB tu. 28 tahun tak silap umurnya.
Lia kenal dia sebab dia senior FTSM lia , dia ambil pengajian part time. sebab tu lia boleh kenal dia.


namanya MUHAMMAD REDHA. tak berapa kenal sangat . sebab lepas habis urusan lappy tu kami dah tak contact dah. haha. lia pun dah tak on wechat sebab tu tak chat dah.


okey , lepas kejadian ni semua. meh lia bagitau pengajaran yang lia dapat. dan apa yang korang patut buat bila laptop korang kena air , tertumpah air ke , tenggelam dalam air or etc. hahah. 

first , korang jangan terus paksa lappy tu on . jangan sesekali tekan power button. sebab bila kita tekan power button tu , nanti dalaman lappy tu boleh rosak or terbakar sebab kena air. kan ada arus elektrik dalam tu. Kalau boleh terbalikkan lappy korang tu and letak bawah kipas or tempat yang berangin. tinggalkan selama 3 hari (minimum). jangan sentuh apa2 , sebab nak pastikan semua kering. takut ada yang tak kering. then baru boleh on. try lah bersabar bila lappy korang kena off selama 3 hari tu ( lia tau perasaan tanpa lappy T.T ) 

second , backup file korang kalau belum backup la. macam lia ni , lia tak pernah nak backup file pun. -..-' sekarang ni dalam proses nak beli hard disk. insyaALLAH kalau ada duit nanti lia nak beli sebab lia nak backup semua file lia. in case la dalam 3 hari tu lappy korang tak leh on. sebelum korang hantar gi kedai tu , korang backup dulu apa yg sepatutnya. caranya pergi lah kepada yang pakar , suruh dia keluarkan hard disk n tolong backupkan file. tu jee. then boleh la hantar dekat kedai.

lastly , menangislahhh. sebab lia pun menangis masa lappy lia rosak. ye lah kan. kita student. mana ada duit nak beli laptop . jujur lia cakap, lia sayang sangat dengan laptop ni. lia nak simpan sampai bila2 . insyaALLAH. lia beli lappy ni guna duit PTPTN tau. sebab tu sangat2 hargai lappy ni. lappy ni berhutang k. lia kena bayar balik. so kalau boleh nak jaga baik2.... harap2lahhh. AMIN !! then , lepas nangis tu (jangan menangis seminggu macam kematian orang tersayang pulak ~ ! -..-) , macam lia hari tu siap berkabung dalam bilik ! HAHAHAHA.  BERDOALAH itu yang penting. doa dengan ALLAH bagi jalan penyelesaian n permudahkan urusan korang ! 

ALLAH TAKKAN UJI HAMBANYA MELEBIHI KEMAMPUANNYA ! 

INGAT TU ! :) 

K,lahhh. dah panjang sangat ni. heheh. lia nak choww dulu ! selamat berpuasa korang2 semua. sekarang dah pukul 2.45am , tak tidur kot jap lagi . sebab nak tunggu sahur . kalau tido memang tak sahur macam semalam -..-' huhu.... sebab terlajak tidor hahaha. 

kbye semua. jaga diri. 

~LIA~




- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -