Popular Post

ALERT !!!
*BORANG-BORANG YANG TERKINI SEPERTI BORANG PERMOHONAN DAN BORANG PENGESAHAN TELAH DIKEMASKINI* 24/12/2014 ( RABU)
assalamualaikum dan salam ramadan . :)


Okey , tak nak berceloteh panjang sebab nak cerita pasal cara2 nak mohon ZAKAT UKM ni.. rasanya ramai yang baru nak mohon, sama macam lia dulu. terkial2 juga bila nak mohon ni. kena tanya orang itu ini. siap ada yang cakap pasal temu duga bagai masa nak mohon tu =.=

apa2 pun sebelum korang mohon tu , ce check dulu syarat-syarat untuk mohon zakat ni, kalau pas , okey BOLEH MOHON. 

i. Pemohon mestilah beragama ISLAM

ii. Pemohon adalah Pelajar UKM SEPENUH MASA dan BERDAFTAR pada semester berkenaan

iii. Pemohon hanya dibenarkan memohon SEKALI pada setiap SEMESTER

iv. Pelajar SEMESTER 1 TAHUN PERTAMA yang tidak mendapat bantuan atau wang sumbangan kerana berjaya masuk ke Universiti, Sila mohon dengan Pusat Zakat negeri masing-masing.

v. Hanya permohonan pelajar yang pendapatan seisi rumahnya RM 5,000.00 KE BAWAH SAHAJA yang akan diproses dan dipertimbangkan dan jika melebihi RM 5,000.00 akan dipertimbangkan oleh pegawai.

Then korang mohon laaa. cara2 nak mohon?

STEP 1 : DOWNLOAD BORANG ZAKAT UKM 

link untuk download :

i) http://www.ukm.my/bendahari/?page_id=281

atau

STEP 2 : ISI BORANG TU 

dalam borang2 tu ada macam2 yang kena isi, simple2 je . pasal butir2 peribadi kita. Jangan tipu2 tau, sebab last sekali ada akuan DENGAN NAMA ALLAH. hahhh. kalau tipu dosaaa . "Tipu dosa , mati seksa, masuk Neraka " hihi :P 


STEP 3 : SEDIAKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Part yang ni laaa , semua orang selalu tertanya2 , ape je yang kena sediakan? okey, ni list yang korang kena sediakan..

i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Kad Matrik Pelajar
iii. Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (Ibu dan Bapa atau Penjaga) YANG TERKINI
-Penyata/ Slip Gaji TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang bekerja dan memperolehi penyata/slip/baucar gaji ATAU
- Penyata Pencen TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang telah bersara dari perkhidmatan awam (Penyata pencen terkini boleh didapati di laman http://apps.jpapencen.gov.my/index.php ) ATAU
- Surat Pengesahan Pendapatan TERKINI (Ibu dan Bapa atau Penjaga) bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja – (disahkan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Nazir Masjid/ Ketua Mukim di mana ibubapa/ penjaga pemohon tinggal sahaja)
-Surat Pengesahan Pendapatan oleh Pengurus FELDA / FELCRA beserta resit Jualan Hasil Bulan Terkini
- bagi ibu bapa yang menguruskan hasil Tanaman Sendiri dan bukan dibawah FELDA / FELCRA sila sertakan surat pegesahan pendapatan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Nazir Masjid/ Ketua Mukim di mana ibubapa/ penjaga pemohon tinggal sahaja beserta Resit Jualan Hasil Bulan Terkini.

iv. Salinan Slip Pendaftaran Semester ( Boleh dicetak dari Laman SMP WEB pelajar )
v. Salinan Keputusan Peperiksaan TERKINI
vi. Salinan kad memeluk Islam (bagi saudara baru – kurang dari tempoh 5 tahun)
vii. Salinan laporan perubatan dari Doktor yang lengkap (jika memohon bantuan perubatan)
viii. Salinan laporan Polis (jika memohon bantuan musibah)
ix. Salinan Sijil Kematian (bagi mengesahkan kematian ibu/bapa/penjaga pemohon)
x. Salinan Sijil Cerai (bagi ibubapa/ penjaga pemohon yang bercerai)

Disini ada beberapa peringatan untuk korang2 , ape yang lia tau laaaa , 
  •  borang pengesahan pendapatan untuk ibu bapa yang tidak bekerja tu mesti di sahkan oleh orang2 yang dah disebutkan tu. jangan minta lecturer korang yang pergi tandatangan , nanti zakat ukm tak terima .
  • kalau korang minta untuk bayar yuran pengajian, sediakan penyata hutang pelajar tu sekali. print je. sebab nanti senang zakat ukm nak tengok hutang kita ade berapa

Selalunya la kan, kalau lia , lia selalu sediakan list ni je untuk mohon zakat:
  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Kad Matrik Pelajar
  3. Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (Ibu dan Bapa atau Penjaga) YANG TERKINI ( mak ayah lia tak keje ) nak tengok contoh surat pendapatan pegi link 
    KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN BAHASA MELAYU ATAU
    KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN BAHASA INGGERIS
  4. Salinan Slip Pendaftaran Semester ( Boleh dicetak dari Laman SMP WEB pelajar )
  5. Salinan Keputusan Peperiksaan TERKINI
  6. Salinan penyata hutang ( https://ekew.ukm.my/efast/ )
tu je rasanyaa..

PERINGATAN MESRA : jangan lupa dabel triple fourple sixple infinitiple check list dokumen yang diperlukan sebelum pegi hantar dekat pejabat zakat untuk mengelakkan korang punya permohonan di reject sebab tak cukup dokumen dan terpaksa datang semula.

STEP 3 :  SAHKAN SEMUA DOKUMEN DENGAN PENSYARAH YANG ADA JAWATAN

yang ada jawatan tu means macam Dekan ke , Penolong Dekan ke , Dr ke , Prof ke.. minta tandatangan diorang untuk sahkan korang punya dokumen. kalau tak disahkan kang zakat tak terima lak. agak leceh sikit , tapi ye laaa, kena laa berkorban sikit... 

STEP 4 : PEGI DEKAT KAUNTER ZAKAT UKM


macam ni la rupanya dari tepi , hahaha. senang je... korang gi dekat masjid ukm ni , dari jauh pun boleh nampak sebab merah menyala. hihi.

alamatnya : KAUNTER UNIT ZAKAT, Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM. 43000 UKM Bangi, Selangor

untuk orang2 yang berada jauh2 dari UKM tu boleh laa pos dekat alamat tu. dan dan dannnn. nanti kalau kita buat latihan industri , kita boleh pos semua dokumen yang + borang zakat tu. tapi tu laa. pastikan semua dokumen dah disahkan sebelum hantar. okey uolss??? 

yang bab2 temuduga tu , depends dengan orang yang jaga zakat kaunter tu, alaaa., bukan temu duga ape sangat pun. dia just tanya pasal diri kita, pasal family kita. tu jee. bukannya temuduga minta kerja pun. hahahah. relakss k :) 

hahhhhh. ONE MORE THING ! last2 ! 

Masa pegi hantar borang zakat tu , pakai baju sopan tau. pakai pakaian yang formal. nanti kang kena tegur lak ! especially pompuan , jangan pakai baju yang tak sepatutnya. ya laa. lagipun kita masuk masjid kan? :) 

baiklahh. itu saja kot, kalau2 ada yang kurang dan terlebih . harap dimaafkan . sebab yang buruk semuanya datang dari diri lia sendiri dan yang baik datang dari ALLAH. lia buat entri ni pun sebab ramai member2 yang tanya. so , kalau ada yang tak tahu. sila lah panjang2kan entri ni untuk si penanya baca k. hehehe. so senanggg :)

oh yeee , 

like la FB ZAKAT UKM  : 
https://www.facebook.com/pages/Tabung-Amanah-Zakat-UKM/386445614752991

diorang sentiasa update ape2 pasal zakat dekat situ, lagi satu kalau ade pape pertanyaan boleh terus inbox dekat diorang. hari tu lia tanye, lepas 2 jam macam tu diorang dah balas ! :)

UNTUK KENGKAWAN BATCH LIA , 

  • PERMOHONAN ZAKAT UNTUK SEMESTER 3 PERLULAH DIHANTAR SELEWAT2NYA PADA HARI JUMAAT 18/7/2014. 
  • PERMOHONAN ZAKAT UNTUK LATIHAN INDUSTRI BOLEH DIHANTAR PADA AWAL MINGGU 9.
  •  UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, KITA BOLEH MOHON ZAKAT PADA SETIAP SEMESTER. 


Lia baru mohon 2 kali ! hahahahah. sekian terima kasih. tak lupa juga orang2 yang ajar lia mohon zakat sebelum ni , kalau korang takde memang lia pun  sama , terkial2 nak mohon. hehehe. 


kbyee. 

~LIA~

7 Responses so far.

  1. Assalamualaikum Lia, bagus entry ni.
    Tapi lebih baik kalau gunakan borang terkini yang zakat sudah link di website Bendahari.
    http://www.ukm.my/bendahari/?page_id=281

    Sebab zakat ada penambahbaikkan di dalam borang yang baru. Borang yang lama tu dah boleh delete da k =)

  2. Waalaikumusalam Tabung Amanah Zakat UKM,

    pertama sekali, mohon maaf atas kesilapan saya. sebelum ini saya tidak sempat untuk update blog saya. Namun begitu, saya telah menukar link borang kepada borang yang terkini seperti yang dimaklumkan.

    Sekali lagi. harap dimaafkan.

    Terima kasih :)

  3. Salam... nk tya.. masa hantar borang terus temuduga ke? Tq

  4. SALAM. Nak tanya, boleh tak mohon zakat sara diri dan yuran dua-dua sekali?

  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  6. Wasalam. Klu x silap kena pilih salah satu. Boleh terus pegi ke pusat zakat ukm utk lebih lanjut.

- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -