Popular Post

assalamualaikum . 

hari ni , worst day . patutlah petang tadi rasa tak sedap hati. patutlah rasa nak balik membuak2 . okey petang tadi aku rasa lapar sangat . aku pegi kafe . makan nasi dengan ayam ngan sayur. aku tak makan pape lagi sehari, aku makan. then aku balik . aku sakit perut teramat sangat. 2 3 4 kali ulang alik tandas, then pukul 10 mlm tadi aku rasa penat , aku nak tdor . akak aku komen dekat insta aku , ckp aku pegi mana sebab aku dah lama tak masuk group family dekat telegram. aku bgtau aku punya hp buat hal . then aku pun buka telegram , ada 500++ mesej dalam tu. dah lama aku tak buka telegram , semua sebab hp aku selalu jem. then aku baca satu persatu , banyak benda aku tertinggal. hmmm


 minyak makan yg hampir terbakar petang tadi.

lepas scroll dan scroll , akak aku bgtau something yang buat aku betul2 terkejut, aku hampir KEHILANGAN MAK AYAH AKU PETANG TADI !!!

petang tadi , rumah hampir terbakar. eh , bukan hampir tapi dah terbakar. sebab kuali dah hangus hitam legam. ayah hidupkan gas , tapi ayah lupa nak off . then ayah pegi sambung buat keje.  mak pula tengah kol dengan makcik kat kg. dan masa tu pula , mak menghadap ke ruang tamu bukan menghadap dapur. bila dapur dah berasap, api dah menyala, mak tak perasan sebab tak nampak . jiran belakang umah dah menjerit2 , bagitau rumah terbakar. then , jiran tu nak buka pintu belakang tapi tak boleh sebab kunci , jiran tu terpaksa meluru masuk dari pintu depan sebab api dah menyala . nasib baik sempat . ayah ngan mak baru perasan masa tu . 

rupa2 nya , mak langsung tak dengar jiran tu jerit sebab telinga sebelah kanan mak dah tak berfungsi , telinga kiri mak guna untuk bertelefon dengan makcik , ayah pulak tengah renovate bilik akak , ayah takut tak sempat siap sebelum akak balik umah. :'( bilik dekat rumah tu kebal , kalau orang menjerit memang takkan dengar. hmm :'( patutlah ayah n mak tak dengar masa jiran tu menjerit2 bgtau rumah dah berasap.  dan kejadian sebenar , ayah sebenarnya lupa nak tutup api gas tu sebab ayah tak perasan api gas masih menyala , masa tu ade kuali besar mak kat atas gas. sebab tu ayah tak perasan gas masih menyala.

paling sedih bila akak bgtau , masa kejadian tu mak ayah asyik fikir pasal anak2 diorang. ayah renovate bilik akak supaya bila akak balik nanti selesa , mak kol makcik dekat kg sebab nak tanya kalau2 ade orang gaji yang boleh jaga anak akak , kalau akak dah keja nanti., Allah.. mak .. pak... walaupun kami jauh , masih lagi fikir tentang anak2nyaa. :'(

ALLAH :'( 

mana aku nak letak kepala ni untuk bersandar kalau mak ayah aku takde ? mana tempat aku nak mengadu kalau mak ayah aku takde ? mana aku nak bermanja kalau mak ayah aku takde? mana? 

aku terus kol mak aku . ayah aku angkat , suara ayah lemah , tapi still boleh dengar macam sedang tersenyum , 

ayah : hello , ya nak
aku : hello pak , bapa buat apa tu?
ayah : di rumah ja ni 
aku : ohh , pak apa jadi petang tadi?? 
ayah : ( xde balasan )
aku : hello3 ~ helloooo... 

aa . takde suara . hp aku jem lagi. aku kol lagi berkali2 . alhamdullilah . then boleh. mak pulak yang angkat, macam biasa aku tanya mak kat mane , mak buat apa. dan ibu bapa mana yang nak buat anak2 dia risau kan? bila kau tanya benda yg buruk berlaku kat mak ayah kau , diorang akan bgtau tak? tak. diorang takkan bagitau. diorang akan tipu anak diorang dan cakap diorang okey je. jangan risau.

kau tau tak erti HOMESICK ? kau tau tak erti RINDU ? 

kekadang aku cemburu tengok kawan2 aku yang dapat balik rumah . boleh balik rumah tiap minggu . tak pun balik rumah masa cuti . aku? hanya balik bila ada tiket murah. itupun kalau kakak2 aku tanggung tiket. sebab kalau harap nak guna duit sendiri memang tak lah. tak cukup nak tampung kos aku study. 

aku tak tauuu. 

perasaan aku sekarang. aku nak balik. AKU NAK BALIK !!!!

mak ... pak.... :'(


aku nak peluk mak ayah aku. aku nak cium diorang. aku nak buat diorang tersenyum. aku nak mak, aku nak ayah. :'(

aku nak diorang. :'( 

aku tau , mak ayah aku rindu kami semua adik beradik . macam mane .... akak2 aku ramai dah kahwin , aku , kakak aku , adik aku ade yang tengah stdy . stdy pun tempat jauh2 . yang tinggal dekat dengan mak ayah cuma akak sulung. tu pun jauh dari rumah. dia je harapan mak ayah untuk jenguk diorang. 

aku rinduuu. 





aku rinduu nak kumpul dengan kakak2 aku dan adik aku. aku rindu keluarga aku. aku rindu mak ayah aku. aku rindu. aku rindu sangat. aku rindu. 

makkk....

pakkkk....

kak ani....

kak sukmaa....

kak kasmahhh...

kak essek...

kak nur,....

kak jana...

syamm....

aku rindu kamu semua.

:'(

aku mau balik.....
 
tolonglahh. aku mau balik.............

:'(




- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -