Popular Post

assalamualaikum. . . 

straight to the point. 

sekarang ni lia cuma nak luahkan semua dalam blog ni. lia tak nak bercakap , lia tak nak bersuara, lia tak nak menentang. tak nak dan tak nak.. TAK NAK. Letih dengan kekecohan yang berlaku hari ini. Mood nak buat assignment yang berlambak pun dah hilang.

Allah.. 

dugaan demi dugaan. mungkin lia tak berada di tempat mereka. mungkin lia tak tahu betapa berat beban yang mereka pikul. Siapa mereka? Sahabat-sahabat lia sendiri. Lia hanya backup person yang akan selalu berada di sisi mereka. Lia hanya mampu bantu mana yang termampu untuk meringankan sikit beban mereka. Walaupun lia tau kekadang lia ni menyusahkan mereka. hehe. maafkan lia.

Sungguh .. 

Tak pernah terbayang mereka akan hadapi masalah sebesar ini bila di saat2 akhir program nak berlangsung. Mungkin inilah yang dikatakan dugaan dan masalah yang kita tak duga akan berlaku. Satu persatu masalah yang datang, kesian mereka. orang kata " BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL".. kan? Simpati empati semua bercantum menjadi satu. Lia hanya mampu berdoa dan memberi semangat untuk mereka. Kekadang tu rasa terkedu untuk menjawab soalan yang bertubi-tubi dari pihak sana, belum lagi pihak yang satu lagi dan pihak-pihak yang lain.  Adat berprogram , pasti akan ada masalah yang datang, takde benda yang senang di dunia. Nak sesuatu ? Sila berusaha.. kan?

Bila masalah datang dan memberi kesan negatif kepada program, akan ada 3 golongan yang wujud:

1) menentang dengan hujah yang bernas dan memberi kritikan yang membina
2) menentang membuta tuli tanpa usul periksa
3) melalak sana sini kata pengurusan tak teratur dan bla bla bla ....

Kalau lia di tempat peserta,
Ya ! Lia juga akan menentang, Lia juga akan melalak , Lia juga mesti nak hak lia balik. Benda melibatkan duit. Siapa tak bengang ? kan? Tapi.. Cuba untuk berfikir , cuba untuk tenang dan cari tahu. Kenapa jadi begitu? Apa puncanya? Kenapa? Mengapa? Cuba cari tahu. Bukan menentang membuta tuli. Mengutuk pihak pengurusan program. Bukan itu caranya. Pengurusan yang cuma ada dalam kurang daripada 40 orang hendak mengurus peserta yang datang daripada pelbagai golongan . Beratus-ratus pelajar dan golongan orang2 atasan. Setiap orang ada perangai tersendiri, tak menang tangan nak layan setiap sorang punya perangai.

Tapi..

sekarang keadaan lia di pihak pengurusan dan lia tau apa yang sedang berlaku, kenapa semua perkara ni berlaku. Kesian dengan mereka-mereka yang memikirkan tentang program. Kesian dengan mereka yang tak tidurnya tidak lena, bangun program, tidur program. Kesian. Tapi lia tak mampu nak buat ape2, lia cuma mampu doakan yang terbaik untuk mereka.

Korang cuba bayangkan, korang duduk di tengah2 keramaian orang dan semua orang baling batu dengan anda , maki anda dan salahkan semua yang terjadi adalah disebabkan kesilapan anda. Cuba bayangkan? Apa perasaan anda? Itulah yang pihak pengurusan program sedang rasakan. 

Judgement before knows everything.

entahlah. tak pernah nak salahkan mana-mana pihak. Cuma nak betulkan, apa yang berlaku semua bukan seperti apa yang sedang dirancang, bukan salah pihak pengurusan sebab pihak pengurusan sendiri tidak mahu hal seperti ini berlaku.

So. STOP BLAMING US.

JANGAN buat andaian sendiri sebelum tahu punca kejadian. JANGAN menghentam jika belum tahu keadaaan sebenar.  Pihak pengurusan bukan Tuhan, bukan Malaikat, bukan juga Nabi. Pihak pengurusan hanya manusia biasa yang melakukan kesilapan dan banyak kelemahan. Lia bagi pihak pengurusan memohon maaf berjuta2 maaf dengan apa yang terjadi. Cuma lia mohon sangat, stop lah salahkan kami. Mungkin masalah kami bukan masalah anda , tapi kami cuma perlukan anda untuk memahami keadaan kami. Kami tidak perlukan anda untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi, just please. STOP BLAMING US. STOP!

Pesanan penaja,
Untuk sahabat2 aku yang tersayang,

PLEASE BE STRONG. PROGRAM DAH TAK LAME LAGI. ROZA TAU KORANG BOLEH HANDLE SEMUA MASALAH YANG ADA NI. KORANG SEMUA HEBAT. KORANG SEMUA SANGAT2 HEBAT. KALAU ROZA DEKAT TEMPAT KORANG, ROZA DAH TAK TAU NAK BUAT APE. APA2 PUN , PLEASE BE STRONG K. ROZA SAYANG KORANG. ROZA AKAN SELALU SOKONG KORANG ! CHAIYOK2 !! :)


Nobody is perfect. Take a paper and write a note.

Thank you.

Bye.


- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -