Popular Post



Aku tak mengerti.
Mengapa seolah2 ada sesuatu yang mengetuk pintu hati ini.
Kenapa seakan2 ada sesuatu yang meminta untuk aku beralih pandangan.
Aku sangat tidak mengerti.
Hati ini bagai minta untuk dibuka.
Ada sesuatu yang meronta-ronta untuk masuk ke dalam hati ini.

Allah.
Kenapa dengan hati ini?
Apa yang sedang berlaku?
Hati ini tiba-tiba menjadi sayu.
Mata ini tiba-tiba bergenang dengan air mata.
Titisan airmata bagaikan ingin melinangi pipi ini.


Aku mencari-cari maksud di sebalik ini.
Adakah ini satu petanda?
Untuk ku berpaling dari arah itu?
Dan menuju ke arah satu lagi?
Mungkinkah?

Dan.

Jika memang ini petandaMu.
Kuatkan lah..
Biarkan ia kekal di situ.
Dan bantu aku untuk terus pergi ke arah itu.

Sungguh.
Aku rasa ia sesuatu yang INDAH.
Mungkinkah ?

Jika jawapannya adalah YA.
KEKALKAN LAH YA ALLAH.
KUATKANLAH YA ALLAH.
TETAPKANLAH YA ALLAH.

Benarkan Ia berada di situ.

Jangan bawa ia pergi jauh dariku.

Aku Mohon PadaMu.





- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -