Popular Post


disebalik senyuman ini , ada hati yang terluka . 
di sebalik mata ini , ada kesakitan yang disimpan.


malam jumaat . ada apa dengan malam jumaat ?
HATI ini sungguh tak tenang . Allahurobbi . hati tak mampu untuk tenang . bermacam-macam cara telah ku lakukan . 
ALLAH .

aku cuba untuk pejamkan mata . 
aku cuba untuk kosongkan fikiran. 
namun gagal . aku tak mampu untuk tenangkan sekeping hati ini.

aku dah cuba untuk wuduk, solat , baca ayat AL-QURAN . Allah . masih tak mampu untuk menenangkan hati ini. 
apa lagi yang hati ini mau ?
aku pun tak tahu .
apa lagi hati ini inginkan ?
aku juga tak tahu.

mungkin MATA ini sudah lama tidak mengeluarkan airmata . mungkin bibir ini perlu berhenti seketika untuk tersenyum . mungkin.

saat ini , aku hanya perlukan pelukan seorang IBU . aku perlukan mak . aku perlukan ayah aku . kol mereka?
aku takut aku menangis . 
aku tak nak mak aku risaukan aku .
aku tak nak ayah aku risaukan aku .
cukup mereka risaukan masalah-masalah di rumah .

aku tak nak mereka tahu aku disini bermasalah . 
biar mereka tahu anaknya disini baik-baik sahaja.

ALLAH , sampaikan salam rinduku untuk mereka . 
sampaikan salam rinduku untuk kakak2 dan adik ku.
semoga mereka sentiasa dalam jagaanMu .

Cukup untuk ku lakarkan coretan hati ini. 
dari tadi aku hendak tenangkan hati ini. 
aku ingin diam buat sementara waktu. 
aku ingin senyap dan biar dunia berbicara.

maafkan aku .

malam ini bukan milikku.

Assalamualaikum.

- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -