Popular Post


picture of the year (KONON)
assalamualaikum . hai3 uoollssss...

korang mesti dah agak kan bila lia post entry ni ... lumrah dah , org nak post itu ini sempena hari terakhir dalam 2013 . kan kan kan...
sama la macam lia juga .. actually , nafsu nak post entry tu membuak2 sebelum ni , tapi bila tangan ni malas nak menaip . memang takkan ade la kan post tu -,-
ni pun paksa diri nak menaip ... tahap kemalasan nak study nak buat itu ini sangat kritikal sekarang. kalau lah dalam dunia ni ada doktor kemalasan kan bagus. boleh ubat penyakit lia ni. hahahaha... semua orang pakat cerita pasal hidup masing2 dalam 2013  ni , minta maaf bagai seolah2 dunia ni dah nak sampai waktunya ... adehh... tapi takpelah kan.. dah jadi kebiasaan macam tu ... 



2013?? ada apa dengan TAHUN 2013 ? tahun 2013 ada macam2 ... walaupun masa dirasakan makin singkat , makin sekejap ... dalam 2013 ni lia banyak belajar perkara baru .. banyak pengalaman yang dialami , banyak dan banyak dan banyak banyak..... 

mohon abaikan orang belakang tu. hahah...
muka 20 tahun.. hihi :P
20 TAHUN
alhamdullilah , Allah masih panjangkan umur ni ... Allah masih peluang untuk diri ini untuk menikmati nikmat dalam dunia ni. alhamdullilah . tahun ni first time rasa macam dah matang sikit . hihi. ye la . umur dah nombor 2 dekat depan kan. takleh dah jadi macam budak2 . hahaha... 
marilah kita bersyukur kepada ALLAH :)

KAWAN ?

alhamdullilah ... Lia masih ada kawan di  sisi lia . masih ada kawan yang sudi bersama untuk bergelak ketawa , untuk menangis , untuk bermain2 , untuk berlari , untuk berguling2 , untuk marah , untuk geram dan untuk semua. alhamdullilah , walaupun kekadang ada rasa kecewa , ada terasa hati , ada tersakit hati bila kawan yang dulu sudah macam tak dulu . ye lah . FRIENDS COME AND GO . right ? kita tak tahu .,.. mana satu kawan masa kita jatuh , kawan masa kita bangkit.. kawan itu universal .. cehhh.. ayat. haha... betul lah .. kekadang tu , kita rasa nak menangis bila kita bersendirian. bila kita perlukan seorang kawan , tapi kawan tu takde. tapi . siapa sangka , ALLAH kurniakan kita kawan yang sentiasa ada untuk kita . meh nak credit sikit dengan 2 orang manusia yang bersama diriku ~~ :)


oke , ini yana . nama sebenar NUR LIANA ATIKAH ... lia panggil dia yana sebab semua orang panggil dia yana. haha... Lia tak ingat macam mana lia first2 kenal dia . tapi lia start rapat dengan dia masa masuk sem 1 hari tu , semua sebab kami duduk blok yang sama , aras yang sama. cuma bilik kami hujung ke hujung . rajin sangat lia nak ulang alik pi bilik dia kan.. hahaha... dia yang selalu datang bilik lia. semua kami kongsi bersama , makan, minum , barang , dan macam2 lagi . dia seperti kakak ( ehh. ke adik .. entah.. haha ) dengan lia .. :) ye la , sakit sihat semua kongsi bersama . hehe :)
sebabkan dia juga la lia makin gemuk sekarang , haha. sebab suka sangat belikan lia makanan. baik sangat budak nie. muahahah... :P ... thanks for everything yana <3 :)



ni tak yah kenalkan lah kan? dah berjuta kali dia masuk dalam post entry lia kan?? hahhaa... ni NABIL , nama sebenar NURUL FATIHAH NABILA.. hihi . dia coursemate lia . lia selalu marah dia , selalu tengking2(err, sory nabil) ... tapi semua tu marah2 sayang , tengking2 sayang . hehe. :P kalau duduk dengan dia , tak habis2 nak gelak .. bila start nak study tu , nasib boleh serius. hahah. tapi alhamdullilah , dia kawan , dia teman , dia sahabat.. dan dia juga kawan satu projek segala assignment . selalu stay up sesama , sampai bengkak2 mata nak study . hehe. :) thanks for everything nabila :) <3 paling tacing hari tu , masa demam tak dapat pegi kuliah , masa tu baring je dalam bilik , tak boleh nak bangun. tak larat sebab pening sangat , then rasa lapar . tapi tak mampu nak bangun masak maggi . . tetiba dengar ade orang ketuk bilik , rupa2nya nabila ! heee :) dia datang bawa makanan.. fuhh. tacing giler . rase nak nangis pun ada ... tapi tak nak nangis sebab nanti nabil mesti menganjing. hahahah :P bab2 nak membahan tu part favourite nabila. hahahaha ... tapi seriously , roza nak minta maaf kalau banyak buat nabil terguris hati , tersakit hati ke. ape ke... minta maaf sesangat. heee :D :') diriku cuma insan biasa, hehe :D

tak lupa juga buat kawan2 yang lain , YAYA , KAK IQA , AINUN , SAIDATUL , MIERA , HASANAH , PIJA , KAK UMMI , KAK DJAH , SYAFIQAH RAHIMI , SYAFIQAH RAHMAN , AFIQAH SALMAN, KAK EKIN, MIA MY dan yang lain2. . . yang tak sebut nama jangan tacing2 k . tak dapat nak taip nama korang semua . lia sayang korang semua tau <3 :) sayang sangggaattt :)

MUSUH DALAM SELIMUT ?

hidup siapa yang bahagia sangat sampai takde yang nak dengki . takde yang nak cari pasal? mai habaq sat . takde kan??semua orang mesti ada... lumrah kehidupan ade yang tak puas hati dengan kita . yang tak suka tengok kita senang . adat hidup bermasyarakat . tapi itu semua dugaan , itu semua ujian yang ALLAH bagi dengan kita untuk tengok macam mana kita nak tangani semua tue .. kan? :') apa2 pun , kepada musuh dalam selimut lia , satu je nak cakap , moga ALLAH sentiasa memberkati  hidupmu . :)

SEM 1 TAHUN 2

oke , sem ni sangat2 lah tough untuk lia ... lia dah 3 sem dalam ukm ni. dan semakin lama semakin susah kehidupan dalam universiti ni. sem ni lah lia paling banyak menangis , paling banyak ketawa , paling banyak marah , boleh kata semua la.. sem ni juga lia dapat kenal mana kawan , mana lawan , mana permata , mana kaca , lia baru tahu semua ... sem ni juga mengajar lia untuk lebih kuat , jadi lebih bersabar , lagi matang dalam menghadapi masalah.. Lia baru rasa kehidupan mahasiswa yang sebenar . penuh dengan projek , penuh dengan assignment . sem ni juga lia baru tau macam mana payahnya nak handle sesebuah persatuan dengan kawan2 . syukurlah , lia ada kawan2 seperjuangan yang awesome dalam PERSATUAN FTSM ( PERTAMA ) . sangat bersyukur :') terima kasih juga untuk pensyarah2 yang mengajar dan memberi ilmu kepada lia :) terima kasih puan2 , terima kasih dr , terima kasih prof , terima kasih cikgu2 :) sayang kamu semua :)

apa lagi eh , apa lagi ehhh... 
tak tau nak cerita apa lagi. hehehe...

AZAM ?

hmm. azam sebelum2 ni pun tak dapat capai nak buat azam baru ... memang tak lahh. hahaha.. bak kata kawan lia , marilah kita berazam untuk capai azam tahun lepas. hahahah. . . takdelah . tak salah pun nak berazam ni kan. lia cuma berazam untuk jadi lebih baik masa akan datang .insyaALLAH :)

semoga tahun depan , lia akan lebih matang , kuat , sabar menghadapi hidup ini. sebab lia tahu , panjang lagi perjalanan ni. banyak lagi yang sedang menunggu lia. akan ada lagi yang susah lepas ni . cuma lia berharap , semuanya kan baik2 saja. insyaALLAH :)

dan sekarang ni . lia cuma nak bagitahu.

LIA RINDU MAK AYAH LIA !!! :'( RINDU FAMILY , RINDU KAKAK2 . RINDU ADIK ! RINDU ANAK2 BUAH LIA ! RINDU RUMAHHH !!! fuhhh..

sebelum exam ni , lia nak balik rumah kakak lia dekat banting lah. sehari pun takpee. yang penting dapat jumpa n minta restu dengan mak ayah sebelum exam :')



credit to cik hasanah , curi dari fb dia. haha :P

last but not least , sebelum terlupa ... haahhh .. ni nak ucap sikit , selamat menghadapi peperiksaan akhir kepada kengkawan2 semua ... budak2 U sekalian. semoga kita dapat buat yang terbaik untuk final exam nanti ! yeaahhh !!! chaiyok2 !! :D

korang .. korang .. korang... doakan lia tau :)

save the date untuk doakan lia :)

6/1/14 - HUBUNGAN ETNIK (12.30PM)
           - SYSTEM ANALYSIS AND DESIGN ( 3.30PM)

7/1/14 - HUMAN COMPUTER INTERACTION( 8.30 AM)

8/1/14 - OBJECT ORIENTED PROGRAMMING (JAVA) ( 12PM )

10/1/14 - TEORI SAINS ( 8.30AM)

15/1/14 - METHODOLOGY ( 8.30AM)  *tak sabar nak tunggu hari yang ni*..hahaha


doakan tau ! !! ! ! wish me and all my friends luck ! :) thank you so much ^^

k,lah ... jaga diri semua . maybe lepas ni akan update blog lepas exam. hahaha.. nak fokus study haahh. hihi :)

tata ~
~LIA~ ^.^

One Response so far.

  1. eh2. kita sama umurlaa. hehe :p
    Apepun good luck final. smg kejayaan milik kita smua. :)

- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -