Popular Post






love santun forever <3

Assalamualaikum. Salam sayang semuaaaa .. hai .. hai .. haii. ini versi edited... haha... kira macam di upgrade la . sebab lepas lia baca2 , 1st , ayat skema ! haha. cerita sgt mendatar , ( nampak tak kritik belog sendiri ? muahahah)
apa kabar? Heee... rindu gilak mau ber-blog ne taw !!! ...  Lia jarang on9 bha sudah sekarang sebab Lia xda berukband . al-maklumlaahh. Ndak da wifi juga . hahah.

straight to the point ~~

17ogos2013 – 20 ogos 2013 yang lalu . err . minggu lepas bha tue kan? Lia join program KEMBARA SANTUN & TRAINING OF TRAINERS SANTUN ZON SABAH DAN SARAWAK . what is SANTUN ? tanya pakcik google . hehe :P ataupun search laa entry2 Lia yang sebelum nie ., ada Lia explain tue . program ni berlangsung 4 hari di KOTA KINABALU .

firstly , nak pegi program nie bukan senang tau ! sebab kena lalui mak ayah , kakak2 n family laa ., bertubi2 soalan di bagi ya . . buat apa pi sana , siapa yang ikut , ada pa ja yang mau dibuat .. macam2 la kesian. Mak Lia oke jak pun mau bagi Lia pigi , tapi ayah Lia yang paling laaaa .. terpaling ndak tau mau cakap . sebab kan . 3 hari sebelum Lia pigi kk tue , Lia dah bagitau ngan bapa yang Lia mau pigi kk . tapi bapa Lia diam jaa sampai 16 ogos tu . baru la bapa Lia mengangguk bagi Lia pigi alhamdulillaaahhh. Masalah tiket pun satu hal . first2 tue , Lia mau naik flight kunun. Lia janji yang ngan sorang kawan Lia , kakak yang Lia kenal dekat santun juga . orang semporna , namanya NUR HIDAYAT atau nama manjanya , KAK PAYANG . heee   .,.






kak payang yang pakai baju belang2 tue :)

kami set suda mau naik flight , tapi tetiba harga tiket melambung naik , so terpaksa la naik basss.. huhu. Kami bertolak 16 ogos malam tue naik bas TONG TALUN . Lia naik dari KUNAK sebab Lia pigi rumah kakak Lia di HOSPITAL KUNAK . lagipun tiket murah sikit kan ..


bergambar dulu sebelum jalan :D muka pucat -,-"
17 0g0s 2013 (SABTU)

kami sampai di TERMINAL INANAM dalam pukul 5 pagi . patah pinggang duduk dalam bas 9 jam -,-“ .. sabar ja laaa. Tapi alhamdullilah , semangat mau berprogram tue mengalahkan segala2 penat tue . kami kol urusetia , and dalam 6.30pagi tue ada urusetia ambil kami . masa kami duduk dekat restoran tue , abg zaidey org first yang kami jumpa . abg zaidey salah seorang urusetia program . then , naik kereta urusetia pegi hotel . awal2 tue memang ndak kenal la urusetia kan . dalam kereta tue kenal2 la.. owhh . abg FAIZ rupanya . dia salah seorang pengurus program kami nie . .. orang semenanjung okeee. Hee.. paling best , kami antara peserta terAWAL yang datang . haha. Nampak tak semangat di situ?? :P sampai di ZARA’S BOUTIQUE HOTEL kami disuruh berehat di bilik salah seorang urusetia sebab urusan check in bilik belum siap . so , kami menumpang ja la disitu . memang lena habis kami tidur . yala . penat bha ~~~ huhu..
Dalam 10 pagi begitu kami disuruh turun untuk check in bilik masing2 . kami pun turun bawah dekat lobby check in bilik . and lia ingat lagi no bilik lia , bilik no 326. Hehe. :D Lia sebilik dengan kak payang , itu pun lepas exchange2 dengan orang lain. Haha. . urus2 bilik n masuk bilik semua , dalam 1 petang begitu kami disuruh bersiap untuk pegi HOTEL SHANGRILA , TG ARU sempena MAJLIS HI-TEA yaPEIM dan majlis AIDILFITRI .

tentatif majlis :)


kak payang dan ain :)


me and kak payang :)

 me and adik diana :)

ain , kak payang dan atin :)

meriahkan? :D

muka2 lapar semua nie , hahahah .

ada anugerah terbaik santun lagi :D hahah
first time oke pigi hotel tue . perghH~~ CANTIKKK !!! . . tapi bukan cantik sebenarnya yang mau ditinguk tapi majlis tue . sebab ada menteri SABAH datang . tujuan kami dibawa pigi majlis tue untuk dedahkan dengan kami macam mana majlis besar2an dan macam mana cara kalau ada orang2 besar datang majlis . means belajar protokol la... dalam pukul 5 begitu majlis habisss ... bawah ni gambar2 kami masa di hotel SHANGRILA tu .masa tue baru mau kenal2 dengan peserta program . alhamdullilah , semua peramah2 . dan situlah lia kenal dengan AIN dan adik ARDIANAH ...

sebelum balik tue sempat lagi kami bergambar . hehehehe :P


always be in the middle -_-"





kami .. kami .. dan kami again. haha


malam tue , kami ada slot KEMAHIRAN KEPIMPINAN tentang ETIKA DAN PROTOKOL semasa majlis formal . banyak juga la benda baru yang Lia belajar , terutama pasal etika pakaian dan macam2 lagi .. slot tue disampaikan oleh USTAZ ZAMRI J lepas slot tue , minum malam , kenal2 dengan urursetia program, briefing pasal tentatif esok hari dan tidurrrrrrrr ...

p/s : hari sabtu tue hari jadi Lia . hehe. Kadang2 terlupa juga yang hari tue hari jadi lia sebab sibuk dalam program . nasib ada facebook , kawan2 tak henti2 wish bufday Lia . hee... so ingat juga laaa yang hari tue hari jadi Lia . hehe.

18 0g0s 2013 ( AHAD )

pagi2 tue kami bangun dalam 4.30 pagi untuk solat subuh ..  btw , Lia sebilik dengan kak Payang dan sorang lagi , kak MUNIEFAH or nama panggilannya kak MUNI . dia orang Sarawak , dia check in petang , so lambat sikit la dia masuk program . orangnya comel jaaaaa . hehe. 


comel kan? comel kan? heheh :P
kak muni yang pakai tudung hitam tue :)

Subuh tue , kami solat jemaah and ada tazkirah subuh dari peserta santun , ZUL . then , 7.30 pagi sarapan and the best moment hari tue kami ada hari keluarga yaPEIM zon sabah dan sarawak !!! :D

8 pagi kami bertolak pigi pantai Tanjung ARU , first impression Lia . SUBAHANALLAH !!!! cantiknya ciptaan ALLAH ! :D Lia rasa macam nak menjerit ja . awal juga la kami sampai . so , sebelum aktiviti2 bermula , apa lagi . bergambar dulu dong!!! Hehe :D


dari kiri , AIN , LIA , DIANA , KAK MUNI :)



aduh , sakit pinggang . hahah :P


adik diana buat apa tue? :O hahah


my real name . only 7 letter :)


:)


nice shot ! :D

dalam 9.30 pagi begitu aktiviti bermula . kami start dengan senamrobik yang diketuai oleh staff YaPEIM . lucu gak dia punya senamrobik dengan lagu2nya yang entah apa2 , kadang2 rancak , kadang2 slow -,- “ siap ada tai-chi lagi kami buat. Haha. Dah siap panaskan badan semua . kami di bahagikan kumpulan . STAFF YaPEIM dan warga2 SANTUN digabung sekali . hehe. Lia ingat lagi , Lia dengan kawan2 Lia ( AIN , KAK PAYANG , KAK MUNI , DIANA ) , kami nie boleh kira lima sekawan dan belangkas yang ndak mau berpisah sepanjang program tue , apa2 mesti mau sama2 . hahah... masa bagi2 kumpulan tue , kami berusaha juga mau satu kumpulan . last2 dpat juga , tapi entah macam mana kak muni pigi kumpulan lain :/ ... so tinggal kami 4 ja la ... :3  kami dapat group SAMBAL BELACAN , satu ja la mau cakap , ahli kumpulan kami semua SPORTING !! termasuk staff yaPEIM , sporting2 bha kakak2 tue semua ... :D Lia ingat lagi nama2 kakak tue , kak JEN , kak BAYAH , Kak ZIA dan sorang lagi ndak ingat . hahah . sory kak >.<” Lia fail sikit bab ingat2 nama nie . hehe .


Pentas utama untuk penyampaian hadiah :)



dari kiri , kak ika , kak shaen , dan yang last nie tak kenal . hehe. :P



alhamdullilah . cuaca sangat baik hari tue :)

banyak lah game kami main , awal2 tue main tarik guni , lari dalam guni , trompa , macam2 lagi laa... ada juga game budak2 , cari duit syiling dalam tepung . lepas tu , ada game futsal lelaki, SANTUN vs YaPEIM . santun menang okeee :P ...  perempuan pulak , game tali paling panjang and group yang Lia join jugak menang !


trompa nie punya getah asyik2 putus -,-"


game budak2 , kesian budak2 tue . penuh tepung muka diorang. haha



semangat group SAMBAL BELACAN ! owh yeah ! dapat no 1 bha dorang :D



lupa dah permainan apa nie -,-"


ini game baling belon , group SAMBAL BELACAN menang sekali lagi ! :D



semangat diorang main kan? hehe :)


hahah... owh ya , masa hari keluarga tue kami dibagi satu bekas coklat , belakangnya tue ada nombor betuah , tapi sayang Lia ndak bertuah pun -,-“ . seddiiihhh  . huhu.. adik diana bertuah ! dapat hamperr ooo. Heheh.



dalam banyak nombor bertuah nie , satu ja yang bertuah . no 7 tue . haha :P


Lia dengan kotak coklat yang ndak berapa bertuah :3





dan yang paling bertuah sekali grand prize , SAMSUNG TAB 2 !!! Untuk 2 orang . sorang budak2 yang dapat , sorang lagi warga santun , adik ATIN ! :D bertuah gilak dorang duaaa ~~ untung2 . hehe. Itulah yang dinamakan rezeki dari ALLAH  kita tak tau kan.. jeles ? konform laa.. tapi redha ja sebab dah ndak da nasib mau buat macam mana kan. Hahha. Kenak juga la dihati , kenapa la aku ndak bertuah. Muahahahha :3 ...  lepas penyampaian hadiah semua , kami balik hotel . sebab petang tue ada CERAMAH lagi ...



gambar nie lia tangkap masa semua game dah habis . dorang baling2 air belon -,-"


 2 petang tue , kami mula slot KEMAHIRAN KEPIMPINAN yang ke 2 sampailah 5 petang . 5 petang rehat then solat jemaah maghrib , makan  malam dan malam tue kami sambung lagi dengar ceramah bersama ENCIK SELABI , pengurus besar PEMANGKIN  :D sebelum habis aktiviti tue , kamai ada mesyuarat tentang program yang telah dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan untuk SANTUN SABAH . macam2 juga la perancangan yang dah dirancang. insyaALLAH , semua program tue akan diatur dengan baik . insyaALLAH .. then habis mesyuarat , kami pun merehatkan diri ...

19 0g0s 2013 ( ISNIN )

start a tired day . hari ke 3 . momentum kena lagi kuat dan tenaga lebih banyak diperlukan . sebab hari isnin hari yang penuh dengan aktiviti . pagi2 tue kami ada SLOT KEMAHIRAN KEPIMPINAN – KEMAHIRAN ASAS DALAM KEPIMPINAN yang disampaikan oleh DR ABDUL MANAP B . MAHMUD , ketua jabatan SAINS dan TEKNOLOGI UiTM SABAH .




 macam2 la yang didedahkan dengan kami . macam mana nak jadi pemimpin , apa ciri2 yang perlu ada dalam pemimpin , then kami ada buat aktiviti dalam kumpulan . lepas tue dibagi satu masalah , kami kena fikir macam mana nak selesaikan . dan akhir sekali kami disuruh rancang satu program yang boleh dilaksanakan dan buat kertas kerja . banyak juga input yang kami terima dari beliau . habis slot tue , tengah hari kami terima dan sambut kedatangan AYAHANDA kami , DATO’ HJ ABD MALEK AWANG KECHIL , ketua pengarah dan ketua pegawai eksekutif kumpulan YaPEIM . alhamdullilah , kami dapat bersama dengan ayahanda dalam sejam . walaupun sejam , banyak juga mandat2 dan nasihat2 yang kami terima , siap dapat duit raya lagi :P heeee.. part tu penting . ceehhh XD  terima kasih ayahanda !




duit raya dari ayahanda . berapa rm ? dirahsiakan :P



lepas bersama dengan ayahanda kami teruskan program dengan salah satu kemuncak aktiviti kami , KEMBARA SANTUN !!! :D.. dalam kembara santun nie , kami pegi rumah salah sorang ahli santun untuk beraya . dan ada 2 rumah yang kami pigi , rumah adik DIANA dan rumah KAK ISWANTIKA . Lia pegi rumah adik DIANA . sedih juga ndak dapat pigi rumah kak IKA , tapi apa boleh buat kan. Kami kena berpecah 2 untuk memudahkan perjalanan lagipun kesuntukkan masa .  dan inilah gambar2 kami masa di rumah adik DIANA .


beraya bersama c raya :3



berpantun dorang nie . haha



HAPPENING bha ! :D



nie mak kepada adik DIANA :)

rumahnya di KG PASIR PUTIH , PUTATAN . sama nama kampung Lia . hehe. Ingatkan tawau ja yang ada , rupa2nya kk pun ada bha :P ... happening la masa beraya tue . orang bilang , ndak kering gusi kita ketawa sebab ada pantun2 lagi . kunun rombongan mau meminang . haha. . mak DIANA siap bagi KUIH RAYA dan MEE HOON GORENG untuk kami makan ! sedapppp~~ lepas tue kami sempat kenal dengan haiwan peliharaan adik DIANA , si RAYA namanya sebab dia lahir masa syawal ke 2 . RAYA tue sejenis binatang, iaitu anak arnab . hehe. Dan sweetest memories , solat asar jemaah dirumahnya . itulah kenangan terindah untuk kami ... akhir2 tue , kami bagi sumbangan sedikit dengan tuan rumah , tangkap gambar , salam2 dan dalam 5.30 petang kami bertolak pulang ke hotel .



sempat lagi bergambar . hahahah.

TAPI !!! oke , ada tapi ... dalam masa dalam perjalanan tue , ndak silap abg faizal ka yang tanya , “mana tempat best sini” . terus kak SHAEN , Kak MALA cakap TELUK VILLA la cantik sini ... naa.. terus kami pun cakap la .. “ jum la pi sana “ ... ambil gambar ja . awal2 tue Lia macam , “ adeehh. Penat sudah nie ... “ tapi excited juga mau tinguk kann. Hehe. Nasib la abg NUAR , pegurus SANTUN dan yang urus kami2 nie setuju mau pigi . naaa. Sekali sampai .. pergghh~~ SUBAHANNALLLAH !!! SEGALA PUJI BAGI ALLAH ! Lia ndak pernah tinduk pantai secantik ituuu... memang excited laa . kenak2 lagi Lia nie suka pigi tempat begitu. Memang berhabis la kami bergambarrr .. cantik nieee ~~ ndak tau mau cakap macam mana ... ngam2 lagi , kami pigi waktu senjaa . ni bha gambar kami :D


us :D

 i wanna flyyyyy~~~




nice one ! :)


comel gambar nie . hehe

dalam 6 petang lebih2 tue , kami balik HOTEL . hehe. Siap2 solat maghrib jemaah dan kuliah MAGHRIB  - KULIAH TAKZIATUL NAFSI bersama USTAZ MAT RAZALI b MAT LAZIN , guru pengajian ALQURAN SMKA TUN DATU MUSTAFA.  Malam tue pulak kami ada SLOT KEMAHIRAN KEPIMPINAN lagi .sambung lagi kann. Tajuk slot tue , KERTAS KERJA YANG BAIK , disampaikan oleh  DR ABDULLAH , B BADE , pensyarah kanan UMS .


best ar Dr nie ! tapi syg dia mengajar di UMS . huhu :/

memang best la penyampaian dr nie , masuk semua yang dibagitau walaupun mata lia buat hal masa tue . mengantuk sebab penat tapi nasib la dr nie pandai buat lawak . ketawa2 juga kami dibuatnya .. hehe... sekarang lia faham sudah sikit2 macam mana mau buat kertas kerja . hehe. Thanks so much dr !! :D habis slot tue , minum malam then tiduuuurrr . hehe :D

20 0g0s 2013 ( SELASA)

LAST DAY !!!! . sedihhhh. Huhu. Mau habis sudah program .. hmmm... dan yang ndak bestnya , kak MUNI balik awal pagi tue. Huhu. Sebab basnya mau sarawak ndak da malam . so , dia bertolak pagi . lia dengan kak payang sempat juga hantar dia pigi terminal naik bas . hehe.

ni gambar2 yang kami abadi kan sebelum kak muni tinggalkan kami. huhu







pagi2 tue , kami ada taklimat sedikit , then tengah hari kami pigi melawat pejabat AR-RAHNU YAPEIM di PUTATAN , KK dan ASIA CITY .

gambar2 masa kami melawat :)
 



yang nie Lia ndak tau dorang buat apa -,-"


abg zaidey , melaporkan kedatangan kami. hehe.



mendengar penjelasan tentang pejabat YAPEM daripada staf YAPEIM . 


Kak payang sms siapa tue ? :P




bahagia sungguh mereka :D haha


Last kembara kami la tue ... hehe... petang tue ada majlis penutup , then gambar2 ... dalam pukul 3 petang , tamatlah program kami ...... huhu ..

gambar sebelum berpisah :( huhu :'(




ne la bos besar kami . hehe. abg nuar :)


eh , abg zaidey, senyum2 lagi bha. hehe :P


bye2 semua :(
dan semua pun pulang ke tempat masing2 . alhamdullilah . Lia dengan kak payang dan kawan2 lain orang2 Tawau nie dihantar pi TERMINAL INANAM .
dan part nie mau cerita !

kami kan dihantar oleh abg FAIZ pi terminal inanam. Ndak terbayang pun masa turun van tue akan diserang oleh orang2 yang mau ambil penumpang tue . first time Lia lalui semua tue . bayangkan la bha . turun2 ja dari van terus beg lia kena tarik -,-“ ndak da angin ndak da ribut tiba2 ramai orang menarik beg lia tue . huhu. Lepas tue lia rampas balik beg tue , mau pigi beli tiket,masa mau beli tiket tu lagi teruk . perghhh. Kena tarik bha tangan dengan bahu lia .sakit ndak paya cakap , terkejut lagi satu hal . dalam kepala lia masa tue , “BAS SAIRAH” jaa. Terus orang2 SAIRAH datang tarik lia dengan kawan lia satu orang , lelaki , si RAHMAD ... pigi beli tiket . sempat lagi kakak jaga kaunter tiket tue nasihat kami “ memang tue dik , kadang2 ndak da malunya dorang ngan perempuan tue “ .. huhu. Lia ndak tau mau cakap apa . and yang Lia terkejut tiket kami murah ja . rm45 !! heee. Alhamdullilah ! murah kkkk ~ pigi tawau boleh dapat rm45 . rezeki orang bilang .alhamdullilah .


Sebelum bertolak pigi tawau tue , AIN dengan Kak PAYANG ajak Lia pigi CENTRE POINT , padahal takut sudah tue , takut ndak sempat mau balik . huhu. Tapi dorang kasi yakin ja . dorang bilang sempat tue . jan risau . bah .. lia pun mengikut ja laaa ~~ berjalan juga la kami sekejap di cp tue . Lia ndak beli pa2 pun. Haha. Jalan2 ja ... kami balik pi terminal naik teksi , ain yang belanja tambang . thank you ain! Sempat juga singgah di masjid KK tue solat jamak maghrib dan isyak .. hehe., Malam jam 8 begitu kami betolak pigi tawau. :D ... dan alhamdullilah . 5.30 pagi , sampai juga di tawau dengan badan yang sakit2 sebab duduk dalam bas 10 jam -,-“ ...

Panjang kan entry lia yang nie? Ahhaha. Apa ndaknya cerita 4 hari lia satukan. Mau patah sudah tangan lia menaip nie . muahahha -,-“ apa2 pun ,again .. sweetttt memories tercipta lagi dalam program SANTUN . satu ja la lia mau cakap , “ siapa yang join program santun nie , last2 konfirm ndak menyesal ! “ ... hehe. Ndak percaya ? try la dulu join~~ hehe. :D thanks so much untuk semua sahabat2 SANTUN , urusetia2 SANTUN dan semua yang terlibat dalam program kembara dan TOT nie . Lia bersyukur sangat2 dapat bersama dengan korang semua dalam 4 hari . walaupun sekejap tapi sangat bermakna untuk Lia . semoga dapat ber-program lagi pada masa akan datang . InsyaALLAH . dan maafkan semua salah dan silap Lia .



oke lahhh. Last but not least . LOVE SANTUN  FOREVER <3 ....

:: ONCE YOU JOIN SANTUN , THERE’S NO WAY OUT :: ABG KHAIRUL ANUAR (2013)

Tata , Lia mau tidur dah niee , mengantuk . >.<”
~LIA~

- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -