Popular Post



assalamualaikum. salam sayang kerana ALLAH :)


99kali rindu :)

ok , cerita nie dah lama keluar . tapi Lia baru dapat tengok  secara online . nak gi panggung wayang tengok memang tak lah kan. hehe.. :P
bengkak mata nie baru lepas tengok cerita nie . Lia nie peminat tegar cerita melayu tau . terutama cerita2 malaysia .

tadi lia online , usha2 dalam group kan., lepas tue ada sorang nie dia post dekat FB , link cerita nie . lia bosannn , lia pun konon nak tengok2 dulu kan. . lepas tue , awal2 lia buka , pergghh~~
terpukauuuu~ hehehe.

dalam hati lia , sedap suara wawa zainal nie :) comel jee...

filem nie filem islamik kan?best giler ... kenapa?? cara penyampaiannya sangat2 la baik dan terkesan dihati orang2 macam lia nie. hahaha... seriously , cerita nie sangat2 sedih , sangat2 perggh~~ tak tau nak cakap ape lagi lah.

tapi yang pasti , cerita nie ni adalah filem pertama yang buat lia menangis ... :'( terutama part ATTAR bersajak masa malam sinar rasullulah . :)
ok lah . lia cakap banyak pun tak guna kan? korang tengok tau. rugi tak tengok cerita nie . hope lepas nie ada lagi cerita2 macam nie dekat malaysia !! :) THUMBS UP UNTUK 99 KALI RINDU ! :D|





::sinopsis 99kali rindu::





hensem la attar nie :P

99 Kali Rindu menceritakan kisah lelaki bernama Attar (Aeril Zafrel) yang baru kematian isterinya,Saidatul Nafisa (Shima Anuar). Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita -Fatin Qalbie (Wawa Zainal) dan Zazlena (Afiera Riana). Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar.


Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad (Adey Syafrien) yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya  yang sudah berputus harapan untuk hidup akibat penyakit barah. Namun setelah Zazlena mengenali Attar ia telah memberikan semangat baru kepadanya.

Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar. Akhirnya siapakah yang akan bertakhta di hati Attar atau adakah Hilma Aqila datang menuntut cintanya kembali. 


credit to :: 1 ) http://www.yanayassin.com/2013/05/99-kali-rindu-filem-islamik-mig.html
                  2 ) http://www.perekacerita.com/2013/05/99-kali-rindu.html#ixzz2V1U98DIp


untuk tonton : tekan sini !!! :)

p/s : sumpah comel wawa zainal pakai tudung !! :)

k,lah. tu je nak kongsi pagi nie.

tatata~

~LIA~


One Response so far.

  1. FILEM NYA SUDAH TAK DAPAT TENGOK SUDAH AWAK PADAM kEH

- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -