Popular Post

Assalamualaikum .salam sayang kerana ALLAH :)




Ya ALLAH , Lia rasa sangat2 stress sekarang . banyak assignment yang tak siap lagi. akak lia kata : " standard la tue lia , assignment berlambak dekat2 final . adat universiti . " .urgh! ~ kadang2 tue rasa nak memberontak pun ada . haha. ya la .. bagi assignment last2 minute... mana nak siapkan assignment , mana nak fokus final exam =.=" pensyarah2 yang disayangi , bagi assignment awal sikit lain kali boleh?? (permintaan khas) muahahahha :D ...

ok2 , dah . tak nak merapu . Lia ada banyak assignment lagi kena siapkan . nampak tajuk entry di atas . :3 , Lia nak letak refleksi kajian Pembangunan diri 2 sebenarnya , Lia buat dari pukul 7pm tadi . baru siap 9.31pm. tue pun ayat tunggang langgang. muahahah. suka hati laa... dah buat yang termampu.



untuk yang bakal2 merujuk refleksi ini , kalau ada kesalahan tatabahasa . mohon dimaafkan .. masa SPM dulu dapat A je tak A+ pun. hahaha.. entah , tak pandai sangat mengarang :3 . pandai2 edit tau. jangan tiru sebijik2 perkataan dalam nie . kang kena potoh markah =.=" acaner den nak jawab :3 ..

REFLEKSI 3 - PEMBANGUNAN DIRI II



1 ) KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Pada minggu 1 dan minggu ke 2 , Puan Shahizan , pensyarah Pembangunan Diri 2 Set 2 telah membahagikan beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 7 hingga 8 orang ahli. Kemahiran komunikasi telah diterapkan pada awal pembahagian kumpulan kerana masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain . Bagi memilih ketua kumpulan , setiap ahli kumpulan harus bersuara untuk memilih. Selain itu , kumpulan saya juga telah berbincang untuk mencari tajuk yang sesuai bagi projek kumpulan ini. Komunikasi secara tidak lisan sering digunakan oleh ahli kumpulan iaitu komunikasi di atas talian . Kami telah menubuhkan sebuah kumpulan Facebook bagi memudahkan komunikasi diantara kami . Ini adalah disebabkan kekangan masa untuk membuat perjumpaan sesama ahli kumpulan. Sekiranya ada kemusykilan di antara kami, kami  akan mengutarakan di dalam laman sosial tersebut. Namun begitu , terdapat beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan  seperti membuat kesimpulan terhadap sesuatu tugasan . Oleh itu , kami telah membuat satu perjumpaan pada hari cuti umum iaitu hari sabtu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di samping itu , komunikasi secara lisan juga berlangsung melalui pemberian soal selidik kepada responden pada minggu ke 9  iaitu minggu pengumpulan data.  Setiap ahli kumpulan telah diberi tanggungjawab untuk mengumpul data dan secara tidak langsung  saya telah mempelajari adab berkomunikasi terhadap seseorang yang tidak dikenali. Seterusnya , perbincangan bersama Puan Shahizan juga mengajar kami cara berkomunikasi secara lisan terhadap pensyarah. Bagi memastikan projek tersebut berjalan lancar , kami meminta pendapat dan tunjuk ajar daripada beliau. Secara kesimpulannya , selama 14 minggu melakukan projek ini saya telah mempelajari 2 jenis komunikasi iaitu komunikasi secara lisan dan komunikasi secara tidak lisan . Saya juga mendapati bahawa komunikasi secara tidak lisan  tidak dapat menyelesaikan masalah secara keseluruhannya .  Saya telah mempelajari beberapa cara dan adab untuk berkomunikasi dengan responden yang akan saya gunakan untuk projek lain pada masa akan datang.

2 ) KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

Tidak akan wujud kumpulan “Polymorphism” tanpa kepimpinan yang bagus oleh ketua kumpulan saya. Maka selaras dengan Kemahiran Insaniah (KI) berdasarkan aspek Kepimpinan, disini saya mencoretkan sedikit kefahaman tentang  kepimpinan. Puan Shahizan mengarahkan pelajar dalam kelas Pembangunan Diri set 2 untuk mencipta satu kumpulan pada minggu 1 dan minggu 2. Kumpulan saya telah membuat satu kumpulan tersebut dan walaupun Puan tidak mengarahkan kumpulan saya untuk melantik ketua dalam kumpulan itu tetapi kumpulan saya telah mengambil inisiatif sendiri untuk melantik ketua kumpulan.Saya merasakan ketua perlu dilantik dalam mengepalai pergerakan kumpulan hal ini kerana ahli dalam kumpulan ini merupakan pelajar daripada kursus yang  berbeza-beza. Selain itu, bagi memudahkan setiap urusan yang berkaitan dengan subjek pembangunan Diri 2 set 2 ini. Ketua yang  di pilih akan menjalankan tugasnya sebagai penghubung antara setiap ahli kumpulan, mengarah atau menyelaras kerja-kerja ahli kumpulan, mempengaruhi kumpulan yang terancang kearah mencapai matlamat, dan yang paling penting menjaga perhubungan baik dalam kalangan ahli agar sentiasa baik sekaligus mewujudkan suasana harmoni dalam kumpulan. Kepimpinan ketua kumpulan saya ini saya rasakan menonjol daripada minggu 1 hingga ke minggu terakhir pembelajaran iaitu minggu ke 14 apabila beliau telah menyusun pembahagian tugas-tugas setiap ahli dalam setiap tugasan yang telah diberikan. Sebagai contoh, tugas penyediaan refleksi ini dimana setiap kumpulan perlu menyediakan 4 jenis refleksi yang berbeza iaitu dari segi kepimpinan, komunikasi, pemikiran dan pembelajaran sepanjang hayat. Ketua kumpulan telah membuat satu jadual penyusunan pembahagian tugas masing-masing. semestinya bagi menjaga hati kesemua pihak, ketua kumpulan saya juga telah meminta pendapat masing-masing tentang pembahagian tugas tersebut. Hal ini penting kerana peranan ketua itu sendiri perlulah mencakupi nilai moral dan menjaga keharmonian kumpulan. Selain itu, ketua kumpulan saya juga mahir berkomunikasi dalam kumpulan, komunikasi dengan pengikutnya iaitu kami ahli kumpulan ini. Seperti yang kita sedia maklum, prinsip kepimpinan ini juga bermaksud "ada ketua dan mestilah ada pengikutnya". Kesimpulannya, kepimpinan memerlukan pemimpin mempunyai kemahiran bagi mempengaruhi anggota kumpulan atau pasukan ke arah pencapaian matlamat organisasi sama ada kemahiran dalam mentadbir dan mengurus, kemahiran interpersonal dan kemahiran mengkonsepsi.

3 ) KEMAHIRAN  PEMIKIRAN KRITIS DAN MENYELESAIKAN MASALAH

Sepanjang projek kumpulan ini berlangsung , kemahiran pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah  telah digunakan sepenuhnya bagi menyiapkan projek ini . Sebagai contoh pada minggu ke 3 , Puan Shahizan mengarahkan kami untuk menghantar proposal bagi meneruskan projek . Dalam pemilihan tajuk , saya dan ahli kumpulan telah menyuarakan pendapat masing-masing dan beberapa pencarian artikel dalam internet  juga dilakukan untuk mencari tajuk yang bersesuaian. Pelbagai tajuk yang menarik telah di utarakan oleh ahli kumpulan. Dengan persetujuan majoriti tajuk  ISU KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO (GAMING) DALAM KALANGAN MAHASISWA ” telah dipilih.  Kumpulan saya telah mengkhususkan objektif-objektif yang ingin dicapai . Pada minggu ke 6 dan minggu ke 7 , Puan Shahizan telah mengarahkan kami untuk menyiapkan satu soal selidik yang lengkap untuk diedarkan kepada responden. Setiap ahli berkerjasama dalam menyiapkan soal selidik dan beberapa idea bernas di ambil dari ahli kumpulan . Proses menyiapkan soal selidik bukanlah satu proses yang mudah untuk dilaksanakan . Ini adalah disebabkan soal selidik kami telah di kembalikan pada kali pertama atas sebab kesalahan-kesalahan yang dibuat dalam soalan . Saya dah semua ahli kumpulan menyiapkan soal selidik tersebut pada minggu ke 8 dan ini telah menyebabkan kelewatan untuk mengedarkan soal selidik . Namun , kumpulan saya telah bertindak untuk mengedarkan soal selidik tersebut pada hari cuti umum . Kemahiran menyelesaikan masalah telah diterapkan secara tidak langsung. Di samping itu , dalam proses laporan akhir , pemikiran-pemikiran kritis sangat di perlukan ini adalah kerana analisa-analisa data yang dikumpul perlu dikupas dengan tepat , padat dan sebaiknya. Begitu juga dalam mengarang ayat untuk bahagian-bahagian yang tertentu seperti pengenalan , hasil kajian , rumusan dan sebagainya . Pada minggu 12 , kumpulan saya telah menghantar draf  kajian dan Puan Shahizan telah menegur banyak bahagian yang salah . Boleh dikatakan 80 peratus draf  kajian adalah tidak tepat. Oleh yang demikian , pada minggu ke 13 , kumpulan saya telah membuat perjumpaan selama seminggu untuk menyiapkan laporan kajian sepenuhnya . Hal ini telah dilaksanakan dan menunjukkan hasil yang positif kerana lebih ramai yang memberi idea maka dengan itu , kerja yang dilakukan akan menjadi lebih mudah. Pada minggu ke 14 , laporan kajian akhir dapat disiapkan . Secara kesimpulannya , pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah sangat penting dalam menyiapkan sebuah projek kerana setiap ahli kumpulan adalah berbeza dan mempunyai buah fikiran yang berlainan. Dalam projek ini telah mengajar setiap ahli kumpulan untuk berfikir di luar sempadan fikiran manusia.

4 ) KEMAHIRAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 

Dalam sesebuah projek , kemahiran pembelajaran sepanjang hayat adalah kemahiran yang sangat penting untuk diterapkan dalam seseorang pelajar. Sepanjang 14 minggu menjalankan projek Pembangunan Diri 2 Set 2ini , saya telah mempelajari cara untuk mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber.  Pada minggu ke 4 hingga minggu 9 , saya dan ahli kumpulan perlu menyiapkan proposal , draf kajian , refleksi kumpulan dan akhir sekali laporan kajian. Bagi menyiapkan segala tugasan yang diberi , saya perlu mencari maklumat daripada pelbagai sumber termasuklah sumber dari internet , rujukan buku , dan juga beberapa artikel dari majalah serta surat khabar . Selain itu , saya juga mampu menerima idea baharu dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi . Ini boleh dilihat pada minggu ke 3 iaitu semasa pemilihan tajuk . Setiap ahli kumpulan perlu membuka minda untuk menerima idea yang diberikan . Walaupun terdapat beberapa pencanggahan pendapat terutamanya bila ingin memutuskan tajuk yang ingin dilaksanakan dalam projek , ketua kumpulan telah bertindak dengan membuat persetujuan majoriti. Di samping itu , saya mampu mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu . Saya perlu berfikir dan mencari lebih maklumat permainan video untuk memahami tajuk yang saya dan kumpulan jalankan. Ini secara tidak langsung , meluaskan ilmu pengetahuan saya mengenai permainan video . Tambahan pula , saya tidak begitu meminati permainan video tetapi melalui kajian ini saya mampu mengetahui beberapa permainan video yang tak pernah saya dengari .  Secara kesimpulannya , saya mampu menerapkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dalam projek ini dan akan lebih berguna pada masa akan datang. 





semoga perkongsian ini bermanfaat. :) apa2pun. cayok2 guys !! (Y) aja2 fighting :D

P/s : risau presentation hari khamis ni. satu habuk pun tak wat lagi.uwaaaa :'(

k,lah . nak sambung wat keja .
tatatattata :D .
assalamualaikum .
~LIA~

- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -