Popular Post


assalamualaikum . salam sayang kerana ALLAH .

semalam . hari yang penuh dengan kesakitan . dan membuatkan Lia rasa sangat2 lemah :'( dugaan satu persatu datang :'( 
badan letih sangat2 :'( ... 




kenapa lia pegi balai polis dengan ainun??
ok . lia cerita :'(

macam nie , semalam kan .. ainun , tetiba tanya lia,

" roza , roza ingat tak yang kita bagi salinan IC dekat monorail kl sentral tahun lepas ? roza ada terima surat pape tak?? "

lia pun terus cakap la , " takde .. nape? " (tak sedap hati dah)

"ainun kena hutang celcom rm300 lebih. ayah ainun dah bayar . sekarang nie rm200 lebih. tu la ainun pelik , roza senyap je . ingat roza memang takde pape . "

lia pun macam tak sedap hati sangat2 dah.petang tu ainun nak pegi CELCOM CENTER . lia ikut ainun. sebab nak kepastian. lia kena tak macam ainun. hutang berlambak macam tue .



sebenarnya macam nie , tahun lepas bulan 11 , lia ingat lagi masa tue cuti sem tak silap . entah la . yang pasti time cuti , lia dengan ainun pegi hang out sesama . masa tue dah pukul 6, nak balik ukm . kami baru balik dari TS naik monorail .,dekat laluan nak pegi ktm kl sentral tue ada banyak agen2 CELCOM tengah pas2 sim kad free . lia dengan ainun memang malas nak layan , tapi lia kena tarik dengan agen celcom tue , malas nak layan , lia ambil simkad tue n dia cakap dia nak IC. lia bagi je la. masa tue memang tak fikir apa2 , lia bagi , dia pegi fotostat pastu bagi ngan lia . ainun dah cakap ngan lia , " tak payah la roza " .. tapi lia bagi je , dengan alasan " NAK BALIK CEPAT " .. ainun pun bagi la IC dia juga . lepas diorang fotostat semua , kami terus balik . memang tak pernah terfikir pun pasal bahayanya bagi fotostat IC tue :'(

penat kot. dari kelas presentation , terus pegi KAJANG . :'( siap2 dekat bilik ainun terus gerak gi KAJANG , naik motor ainun. . dahlah kami tak tau celcom center dekat KAJANG tue kat mane . dekat sejam juga patah balik patah balik cari. last2 pegi celcom centre dekat metro kajang . dekat sana baru bagi penunjuk arah pegi sana. rupa2nya celcom centre sg chua tue terletak dekat atas . tersorok dengan jambatan. huhu...

kami pegi la kan CELCOM CENTRE tue , masuk je ... ok , org celcom yang jaga num giliran tue memang la ok. kami pegi isi borang . nak mengadu pasal num yang guna nama kami untuk celcom postpaid ! then tunggu num giliran . part nak cakap dengan orang celcom pekhidmat pelanggan tue yang menyakitkan hati ! masih terkesan dekat hati ni !!

org CELCOM : "ye?"
lia : " emm, saya nak mengadu ." (ye je?? -_-")
org CELCOM : " nak mengadu ape? "
lia : " saya nak mengadu pasal simkad yang guna atas nama saya . hari tue saya dapat simkad free , lepas tue saya dapat tahu saya ada hutang dengan celcom"
org CELCOM : " ok . minta IC " ..

lia bagi la... dia check dalam 2 minit macam tu.

org CELCOM : " awak ade hutang dengan celcom RM239.75 . awk dah langgan nie sejak bulan 11 . dah 4 bulan awak tak bayar. "

lia rasa nak tarik2 hidung org CELCOM tue , dia nie pekak ke ape , aku dah explain awal2 bukan aku yang guna simkad tue =.=" lia pun defend la diri lia.

lia : " macam mana tue eh , sebab bukan saya yang guna benda tue . ape yang patut saya buat?"
org CELCOM : " awak tak perlu buat apa2 . just bayar hutang awak . sebab awak buat report pun tak guna sebab ni valid atas nama awak . "
lia : " tapi cik , bukan saya yang guna . kalau..."

dia terus potong cakap lia ,

org CELCOM : " awak bagi tak IC awak dengan orang tu?"
lia mengangguk : " ye la.. tapi bukan saya ... "

dia potong lagi . ..

org CELCOM : " hah .. awak yang bagi . awak tak kena paksa kan? awak yang rela hati bagi kan. awak belajar tak? "

lia : " ye , saya belajar . tapi .... "

sekali lagi dia potong lia nak cakap !

org CELCOM : " awak belajar tapi awak tak fikir benda tue betul ke tak , awk pegi belajar tinggi tapi benda macam tue awak tak tau . awak ingat dekat dunia nie ade ke benda free? semua kena bayar . masuk tandas pun kita bayar 30sen. awak yang bagi IC awak dengan org tu . dan dealer ni daftar atas nama awak . awak kena la bayar . nama ibu awak pun sama . "

lia rasa macam nak meletup ! panas !!! ok fine .lia tau lia salah kan pasal hal tue kan. tapi rasanya tak perlu nak tinggi suara . bagi aku bercakap dulu. jelaskan apa yang terjadi. rasa nak lempang laju2 je kakak tue !! sakit hati kot -_-'

last2 lia cakap

lia : " takpelah . cik terminate dulu lah . saya nak bil dia boleh? "

org CELCOM : " tak perlu terminate . ni dah cukup baik celcom dah tolong terminatekan untuk awak, kalau tak makin berlambak hutang awak dengan CELCOM . kalau nak bil , rm10 untuk sebulan "

wei , lia rasa macammmmmmmmm. .... fuhhh !!! panas2 ...
lia diam. malas nak cakap. kang layan makin meletup lia dekat situ. ainun dekat kaunter sebelah lia pun sama tengah argue dengan org CELCOM tapi org yang layan ainun tue kira ok lagi. layan baik2 ...

akak CELCOM cantik miut kiut yang layan lia tue bagi benda nie lepas habis key in apa entah -_-"




1 ) num hp tue -_-"

2) no akaun celcom
3)tarikh celcom terminate sim kad tu

4) hutang lia !!!!!!!!!!!!

sakit hati dapat kertas nie !! keluar dari celcom tue , lia mengamuk. dah la cuaca panas !!! lepas tue dengan perangai org CELCOM tue !! then hutang tu lagi ! fuhhh ~~

lia terus kol operator celcom. cari jalan penyelesaian .
operator celcom lagi ok daripada celcom centre tue ! kami disuruh pegi balai polis report benda tue , then pegi celcom centre balik report pasal hal tue . kalau tak kami akan dipaksa bayar benda alah tue !! :(

tak pernah2 seumur hidup lia masuk balai polis ok ! first time masuk balai polis >.< pagi buat report :3 ... ainun pun sama . huhu .
dalam balai polis pun sama . polis2 tue duk membebel dengan kami . huh~~ cakap kami nie itu ini. . sabar je layan. lia dah penat malas nak lawan . kena bayar rm2 lagi buat report tu !! -_-" ...


dapat jawapan dah?
kenapa lia dan ainun pegi balai polis .?
kami tak buat salah pun , kami jadi mangsa keadaan .


lia rasa nie pengajaran terbesar dalam hidup lia . lepas nie memang lia akan jaga IC lia dengan sebaiknya :'( lepas nie tak nak dah bagi sesiapa pegang IC tue . kalau ayah lia tau benda nie mesti kena bunuh . :'( ayah dah pesan banyak kali jangan bagi IC dengan org lain tapi lia tetap degil :'( ya ALLAH , ni balasan sebab lia tak dengar cakap ayah . hurmmm :'(


lia rasa lia ok lagi , berbanding ainun. dia lagi kesian sebab ayah dia dah bayar benda alah tue. semua sebab ayah ainun tak tau pun yang ainun pernah bagi IC dengan org celcom tepi jalan . jahat gila siapa yang guna benda tue. JAHAT SANGAT ! lia harap ALLAH balas balik dengan orang2 tue ! :'(

kalau ainun tak bagitau mungkin sampai bila2 lia takkan tau lia ada hutang ngan celcom . walau apa terjadi lia takkan bayar ! org CELCOM tue cakap , kalau tak bayar kesannya nanti nama kena blacklist. lantak lah kena blacklist . banyak cantik celcom , bukan lia yang guna lia yang kena bayar . kalau duit tue daun takpe gak nak bayar balik . huhuhu...

biarlah apa jadi. lia tak nak bayar. akak lia pun tak bagi lia bayar benda alah nie . kalau kena suruh fight pun lia akan fight !!! :(petang nie nak pegi CELCOM CENTRE lagi tapi yang pasti bukan dekat kajang tue !! dah serik nak pegi sana !!! biar macam mana pun . huh ~ !!!

doakan lia . doakan lia. doakan lia . doakan semua nie cepat selesai .dahla dekat dengan  final sekarang :'( ... mana nak fokus assignment , nak fokus final , nak urus benda alah nie pulak . nasib ada ainun . :'( ada gak kawan lia urus benda nie :'(

apa2 pun , lia nak pesan dengan semua ...

kalau ada org2 CELCOM atau apa2 pun , nak bagi free simkad jangan ambil dan jangan sesekali bagi IC dengan hantu2 tue . biar kami terkena jangan anda jadi mangsa seterusnya !!! INGAT !!!

k,lah .jaga diri semua. tata~

~LIA~




31 Responses so far.

  1. salam lia.
    we're in the same boat.
    amer kena juga ni. time pergi bukit bintang pada bulan yang sama bulan 11.2012 . amer memang malas nak layan. tapi dorang ni mcm menarik2. dah lah orang nak cepat. fikiran jadi kelam kabut. malas nak cita panjang pergi je ambik kan . minta ic pulak. bagi je tak tahu pun ada risk nye kalau bagi ic sebarangan ni.

    *take note kalau nak buat apa2 urusan yang ada berkaitan dengan salinan ic ni. sila selangkah double pangkah kat salinan ic korang tu mcm \\ dan tulis tengah tu untuk kegunaan ini itu sahaja.

    Amer 1 bulan semenjak terima simcard tu tak pernah buka. tup tap tup tap. sampai je bill(surat dtg rumah)
    bill rm200 lebih kena bayar.

    memang amer berang terus buat call pihak celcom. Bukti amer kukuh. Sebab amer memang belum buka lagi simcard bodo tu. then dorang kurangkan rm120 lebih camtu. bayar je lah sebab surat anak guam dorang dah dikuarkan. amer tak halalkan duit rm120 tu.


    Boleh pulak dia sound kita bagi ic sebarangan erk. mereka yang ulat2 celcom tu sepatutnya diarahkan ddengan betul. suruh mereka kata simcard ni je free tapi bulan2 encik kena bayar rm120 . kan senang kalau macam tu kan?

    Geram pula dengan celcom ni.

    Baca post amer
    http://www.amercorner.com/2012/11/tolong-tak-pakai-tapi-kena-bayar-bill.html

    sorry banyak comment pulak :D +

  2. wsalam amer , dah bace . kira ok lagi sebab SIMKAD tue ade lagi . lia ngan member yang kena tue dah buang simkad tue . kitaorang memang takde bukti langsung sekarang nie :'( entah macam mana nak selesaikan masalah nie .. hurmm.

    KUSUT + SERABUT SANGAT :'(

    p/S : dah bace dah post awak :)

  3. moral of the story.. jgn check bil tuu.. biar berkulat kt celcom.. xslap sy p0wn ade trime simkad ny.. 2ta0n lpas tp sy xamek taw p0wn lpas tuu.. sy mmg xdpat ape2 surat @ bil.. tp pape pown, sabar je lar lia.. aggap je ny sume ujian..

  4. M SYAM IS says:

    saya pun kene.. baru bayar 4 hari lepas.. kene rm507..
    mls nk report polis.. bnyk keje plak nnti.. lpas ni, x caye celcom lg dahh

  5. bulanbiru89 says:

    sy pon kna.. kat monorel kl sentral bln nov 2013. br byr td rm291.00. kwn sy wat report polis. tp sama je kna byr jgk.. serabut kepala agen celcom slalu call time keje.. kes ni dah byk jd.. tp xde pape tindakan dr pihak celcom. klu kte wat aduan kat nccc pon xd pape ksn klu celcom xwat pape. dok amek duit org je.. ni link aduan kat nccc.. dah lme dah 2011.. tp skrg 2013. ttp sme. cust kna byr sbb bg IC. http://www.nccc.org.my/v2/index.php/aduan-pengguna/arkib-2010/147-telecommunications/1676-saya-telah-ditipu-oleh-kumpulan-celcom-

  6. Tanpa Nama says:

    ea silap. kna bln nov 2012 kat monorel kl sentral.

  7. bulanbiru89 says:

    ea silap. kna bln nov 2012 kat monorel kl sentral.

  8. Tanpa Nama says:

    Salam Lia. Saya pun kene kes yg sama n waktu yg sama jgk. Now org celcom keep calling me n mmg rimas. Saya still buat bodoh n x bayar lagi. Awak pun mcm tu jgk ke? Hehe

  9. Sy pon kne kat monorail kl sntral tu. Bila buat report ayat yg sme dapat. Tp sy pon still xbyar sbb klau blacklist pon dlm bidg communication je, xg buat report ap pon sbb dh tau die suh bayar gak,

  10. marz dina says:

    Salam. Sama la dgn saya. Rasa macam mau tembak sorg2 ja team celcom yg menipu tu. Huhu. Bulan 10 2013 jg ni. Tempat yg sama. Bil sampai rmh. Huhu. Skg no tu dah terminated. Tggl nak buat report dkt balai polis n pegi celcom centre ja lagi. Dahla sy baru dkt kl ni. Jauh dr rmh.

  11. nowyou comey, insyaALLAH , saya sabar je dengan ujian ni . memang celcom tak henti2 call tuntut hutang. sampai saya save num pjbt celcom tu . kalau dia call sy tau la celcom yang call . haha

  12. m syam is , tak yah percaya ! saya pun tak percayakan celcom dahh . >.<

  13. bulanbiru89, memang pon celcom tak buat pape. diorang anggap bbenda ni dah biasa n remeh untuk diorang. huhu

  14. Tanpa Nama , biarlah celcom nak kejar sy sampai mana , tapi yang pasti saya tak nak bayar ! hahah

  15. marz dina , sabar eh dina, saya faham perasaan awak :') ni ujian untuk kita n pengajaran untuk kita :')

  16. Salam lia..we're on the same boat. Nak tanya..lepas lia buat report tu lia kena bayar ke x??

  17. wsalam aishah ali , lia tak bayar pun sampai sekarng. tapi setiap sebulan celcom akan kol tagih hutang. tapi lia tak angkat. lagi satu nama akan di black list dalam celcom untuk postpais kalau tak bayar . its sokey. lia tak kesah.. hehhe

  18. meyra says:

    Salam Lia, saya pun kena perkara yang sama but, nombor yang saya guna tu atas nama kawan saya. bil dah cecah 200++. bila call celcom dia blame kita sbb bagi IC. dia kata cara daftar prepaid lain bla bla bla. langsung tak kesian and tak buat sesuatu yang boleh menyelesaikan perkara ni. Kalau nama kene blacklist apa jadi ya?

  19. Meyra , saya simpati dengan awak.hmm.sebab CELCOM sampai sekarang asyik kol saya minta selesaikan hutang tu. kalau nama kena blacklist , kita tak boleh guna celcom postpaid tapi prepaid masih boleh guna :) tu je rasa nye . sebab saya masih guna celcom prepaid.

  20. Saya pun kena sis :( so skrg macamana ? Still sampai ke surat notis dari celcom even dh terminate ? Bila diblacklist, dh xboleh guna nama kita utk broadband ? :(

  21. saya pon kene tipu juga macam admin nie kene.. dia mintak ic.. pastu mintak nama ibu. dah la nombor tu tak guna ..tau2 bill sampai rumah rm 426 .. gile punye celcom.. rasa nak cekik jerk orang celcom tu ..

  22. mohd nass says:

    salam. nak share jugak la saya pon kena bayar bil hantu. tiba2 celcom call suruh bayar bil rm49lebih. kurang hajar plak dia paksa2 kita bayar. just nak luahkan apa yg terpendam. hehe

  23. konichiwa says:

    sis. saya bru kena kat monerail perkeliling. x gna lpas sebulan kna byar rm140. apa yg ptutu sy buat ye? report polis atau just ignore htg tu :(

  24. Tanpa Nama says:

    Salam..sy pun pernah kena di monorai kl sentral dalam tahun 2008/2009.masih aktif lagi rupanya group penipu nie yer..saya pulak dia bagi sim dan tukar no lama ker no baru.sy pkai hotlink time tue.dapat message yg no dh ditukar ke celcom postpaid.apa lg terus call customer service dan terminate.sy x bayar apa2 seingat saya.tapi yg x best masa nak terminate dia pegi barred akaun.jadi sy x boleh langsug nak guna hp.org call pun x boleh.pengajaran:jangan sesekali bg ic kat orang walaupun kena desak..cakap jer tak nak.dan kena ingat tak ada benda free dalam dunia nie..

  25. Hi all Nak share pengalaman. Mungkin lain sikit tp story line sama je.Saya pulak kena masa zaman study dlu.dlm taun 2008/2009. tp x igt plan ape. cuma nye bulanan tetap under 60 gitu la..lebih kurang. pkai brp byk pon takpe. bil sama. sy bt penukaran line dr prepaid maxis ke postpaid celcom. Masa pkai mcm bese. sbb tau jimat n murah. pkai jela smpai lencun. smpai mber pon tumpg pkai. HAHA.lepas tu simkad pulak hilang (rasa sekali hilang ngn hp). seingat sy pon dah call utk terminate. tetiba. jeng3...pd bulan 10/2009, surat peguam pun smpai. kena RM620. masa tu tak terpk nk bt report or ape. cuma call celcom utk confirm terminate no. (masa tu da mmg dorg terminate). bil dah melambung bru nk terminate. sy byr jugak berbulan ikut kadar yg trmampu. almaklum la masa tu dpt pinjman je. smpai tahun ni..da bbrp tahun bkerja...x abis byr lg sbb sy stop byr lps sy abis stdy. mmg x igt lgsg psl bil ni. smlm dok kemas kotak2.terjumpa bil lama dan try search info psl kes yg mungkin sama brlaku pd sy. trnyata. rmai juga. ape2 pon sy nak kena cek blk balance bil ni. tkut nt tetiba naik.wlupon hati x rela, bil naik walaupon sy x pkai, tp sbb sy pernah gunakan perkhidmatan ni..kena tutup mata. byr jugak. kuikuikui. pengajaran nye, jgn mudah percayakan benda free & murah.

  26. Tanpa Nama says:

    Hai , just want to share. Hmm sy pun terkena kt monorel kl sentral tu tahun 2013. Lepas register tu , tak guna langsung sim tu. Tapi lepas mbr cerita yang dia kena tipu tu .. terus call celcom nak terminated . Tapi celcom suruh bayar bill rm150++ kalau nak terminated . What the hell. Sy tak pernah guna. And tak pernah bayar but then haritu ada pergi digi nak tukar plan postpaid . Tapi tak boleh buat sebab blacklist celcom. Masa tu baru teringat.

  27. Tanpa Nama says:

    lia.. kalau lia x bayar bill akan berganda x ni?

  28. Tanpa Nama says:

    salam..sy pon terkena..tp bil broadband...seratus lbey tertunggak..mmg seumur hidup sy xpnh apply broadband celcom..td kol centre dorg ckp maklumat byk dah hilang..just ada no akaun yg tertunggak dan details diri je...dorg suruh report polis tp lepas baca ape yg korg dh lalui ase cm x berbaloi...kite kna byr jgk kn..ase better ignore dr kite p serah diri kat dorg dgn ape yg kite x buat...

  29. Assalamualaikum
    Kepada mereka-mereka yang terlalu sayangkan diri mereka, suka manjakan diri mereka dengan mengambil jalan mudah x mau penatkan diri sendiri untuk berfikir, untuk mengambil tindakan sebagai pengguna, yang rasa BANYAK DUIT UNTUK BAYAR...silakan BAYAR JER BIL OVERCHARGE yang sampai kat anda.
    kepada mereka yang sebenarnya sedar akan hak mereka sebagai pengguna dan paling penting sekali sedar akan hak mereka sebagai manusia yang masih hidup dimuka bumi ini (hak untuk tidak dizalimi) silakan FIGHT UNTUK DIRI ANDA. FIGHT UNTUK JUSTICE.
    sekali terkena, saya mengambil jalan untuk memanjakan diri-sendiri, MALAS nak fikir panjang, MALAS nak buat report, MALAS nak amik tahu setiap bit penggunaan data yang sampai beratus tu dan sememangnya tekad dan nekad yang kejadian x akan berulang. dan akhirnya... x sampai beberapa bulan kemudian, muncul lagi kerenah bil yang sama. Kali ni x sampai seminggu pakai, mobile data pun saya rajin on/off, on bila pakai, off balik bila x pakai, habis seminggu, terima message talian disekat x lama kemudian terima bil RM200.00++.
    Duit makan pun x sampai RM 200.00 sebulan, ni kena tipu
    Kalu pihak Celcom x mampu bagi setiap butiran penggunaan internet (setiap bit), saya tertanya-tanya macammanala mereka kira bill internet tu sebenarnya.
    Dah bertahun isu nie berterusan, x der inisiatif untuk mengatasi masalah ejen menipula, masalah system coding la(byk penipuan berkait duit berjuta-juta di media, sila search), atau x der inisiatif pun untuk improve celcom' punya service..rupanya disebabkan orang2 macam saya ni la yang X KISAH BAYAR, YAKIN X KAN BERULANG lagi kejadian yang sama. Orang macam saya ni la, yang x segan2 BUAT MUKA MAMPU BAYAR bil beratus, X KISAH PUN NAK BAYAR BIL BERATUS..tanpa memikirkan nilai duit tu bila digunakan secara baik
    kepada mereka2 yang rasa Celcom ini yang terbaik service, tahniah..anda/mereka2 yang anda kisah/kasihi belum menjadi mangsa.. kepada mereka yang terkena, please2 ambil tindakan sebetulnya. ANDA LAYAK UNTUK MENDAPAT YANG LEBIH BAIK. ANDA ADA HAK UNTUK TIDAK DIZALIMI!!!
    X KIRALA MEREKA KATA ANDA PAKAI INTERNET, SEBAB TU BIL ANDA SEBANYAK TU ( SAPE2 YANG TERIMA JER BULAT2 ALASAN TU, X DER BENDA NAK CKP DAH....*ZAMAN NAK MASUK 2020 NIE X RETI FIKIR KER...APA BUKTI!!!!!)
    KALU MEREKA KATA BEGITU, SETAKAT NIE SUME COMPLAIN TERIMA ALASAN YANG SAMA, PLEASE2 MINTA BUKTI PEMAKAIAN DATA TERSEBUT, TARIKH, APA YANG ANDA SURF, WEB APA, BERAPA LAMA, TOTAL UNTUK SETIAP SURFING...INGAT ANDA LAYAK DAN BOLEH UNTUK DAPATKAN DATA2 TERSEBUT SEBAGAI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA. ATAS SEBAB2 POLITIK DAN MONEY FLOW KAT NEGARA NIE..MEMANG X DER HOPE CELCOM NAK KENA SAMAN SEBAB ENGGAN ATAU X MAMPU NAK PROVIDE SUCH DETAIL KEPADA PELANGGAN YANG MEMBAYAR..TAPI SEKURANG-KURANGNYA ANDA SETTLE DENGAN DAPAT PENGECUALIAN BIL DAN SETERUSNYA MENJURUS KEPADA PEMBERHENTIAN SERVICE. kalu aku terus stop

  30. Tanpa Nama says:

    .

  31. havoc com says:

    Wei nak tanya, masalah aq ni lebih kurang korang gak, surat peguam dh smpai kt umah, kena byar 300 lebih, tp aq xde duit nk byr sbb tgh belajar skrng.. Kalau x byr kita kena tindakan apa? Kena blacklist masa nk buat no bru jew kan, sbb member ada ckp kalau kena blacklist postpaid, nnti x bleh buat pinjaman laa x bleh keluar negara laa.. Betul ke?

- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -