Popular Post

assalamualaikum... salam ukhuwah .

notakaki : pesanan dari penaja. hehe ;)

ok,lia tengah ambil mood nie . nak buat sambungan cerita semalam. hehe. .

lets start ! :)

*INI CINTA KAMI*
_________________________________________________________________________

PART 2 : Sekali lagi , kamu.  

"Aina , kau masuk u ni atas pilihan kau sendiri atau pilihan keluarga kau .?" tanya kawan sebilik ku yang baru . aku hanya senyum tanpa menjawab soalan dia . aku lebih ligat berfikir soal lelaki itu . kenapa lah dia perlu masuk U ni juga , hari tu lepas SPM kitaorang dah lost contact . kenapa... kenapa.. argh ! dunia nie kejam ! aku tak boleh bayangkan kalau aku terserempak dia lagi . 

************************************************************************************************************

"zainal , kau tak nak maafkan aku ke? aku dah berjuta-juta kali minta maaf . takkan kau tak nak maafkan aku. ? " .. airmata ku dah bergelinangan .. dah sebulan lebih berlalu , dia masih tak maafkan aku. buat kesekian kalinya , Zainal hanya membiarkan soalan ku dibawa angin pergi. hurmm...

aku dah buntu . aku dah penat nak memujuk mamat yang keras hati ini . aku pun berfikir satu cara lagi , dan aku dah berniat ini adalah cara ku yang terakhir dan jika dia masih tak nak maafkan aku ,a ku redha . aku takkan ganggu dia lagi .




aku keluarkan pen berwarna biru dari kotak pensel ku , dan sekeping kertas kajang. aku letak atas buku latihan ku . aku mula menulis . satu persatu . . . dengan airmata yang menitis tanpa aku sedari .



aku lipat kemas surat tue . aku letak dalam beg dia lepas rehat . dengan harapan dia akan baca surat tue .************************************************************************************************************
1 message received . handphone ku bergetar menandakan ada mesej masuk . aik , sape mesej tengah-tengah malam buta nie . 

aku buka inbox handphone aku .

"Salam aina , zainal nie . aku nak minta maaf atas sikapku selama nie . aku dah baca surat kau . aku dah lama maafkan kau . tapi aku takkan pernah dapat jadi kawan kau lagi . maafkan aku. selamat malam. "


zainal.. kenapa mesti macam ni. aku menangis lagi malam itu...

************************************************************************************************************
argh ! semua adalah kenangan masa sekolah . dia tak nak kawan aku , aku ok ! FINE ! kan? aku dah lupakan pun semua tue . biar semua tue jadi kenangan terindah dan terpahit aku . dia yang mulakan , aku tak bersalah pun. biarkan dia dengan keegoan. ! 

aku mesti mulakan kehidupan baru aku di alam universiti nie . 
InsyaALLAH ... 

Seminggu nie orientasi , perkara yang aku paling benci bila masuk alam yang baru . ikutkan hati nak larikan diri dari orientasi nie . tapi apakan daya , ini semua wajib sebelum masuk U . 
sabar je la... 

************************************************************************************************************

Aku orang baru , kawan-kawan baru , tempat baru , udara baru dan suasana baru . semuanya sempurna dan seratus peratus berlainan daripada alam matrikulasi dulu. aku nak belajar sunguh-sungguh. aku nak jadi budak baik. hehe. Kos yang aku ambil di universiti semua adalah atas pilihan ku sendiri. Sains Komputer . Lagipun aku sangat minat dengan komputer . aku nak cuba sesuatu yang baru . 

Moga saja alam universiti akan mencipta kenangan indah untukku sampai lah aku ijazah nanti .

:) 


 Aku dapat tahu budak tue pun fakulti nie  , em.. rasa-rasanya dia ambil kos ape ek. huh ... aku harap tak sama kos dengan aku. amin3x !!! ... 

************************************************************************************************************

" Assalamualaikum, awak, saya duduk sini boleh.?" sapa seorang lelaki yang bersuara serak-serak basah. 

"Waalaikumussalam, duduklah . takde orang pun duduk situ . " aku bagi je dia duduk tanpa pandang muka dia .
"Awak ... " , aku pandang muka dia . Gurlp ! ... dia ! ah ! dia !!!!... kenapa dia? aku dah macam batu tak boleh bergerak . aku cuma dapat pandang mata dia , pandang muka "jambu" dia. muka yang dah lama hilang dari pandangan ku. "kalau aku tau kau yang duduk sini , tak ingin aku duduk sini ! " .. dia terus angkat kaki dari tempat tu.

ok , fine . dia masih marahkan aku. aku tunduk pandang lantai . ah ! kenapa dia mesti satu kelas dengan aku. aku mesti tengok muka dia hari-hari . Ya ALLAH , dugaan apakah ini?



************************************************************************************************************
"hei , aina . kau buat apa dekat sini ? aku cari kau merata-merata , tak jumpa . rupanya kau tengah bertapa dekat kafe nie. " .. kawan sekelas yang dah 3 hari aku kenal . orangnya baik , peramah , comel dan selalu tolong aku . nama dia Jihah Amirah. aku panggil dia Jiji, dia kata nama glamour dia . aku ikut je la. kang tak ikut merajuk pulak anak manja nie. .

"aku tengah cuci kain nie . kau tak nampak ke?" .. aku ambil pemadam dan gosok atas kertas , konon-konon tengah cuci kain. "wei,aku tak buta lagi ok . "Jiji dah muncung . manja giler budak ni. "laa.. kau sendiri tanya aku buat apa kat sini . aku jawablah. yang ko cari aku nie apesal ?" aku pandang jiji yang tengah tepek2 bedak atas muka dia yang putih melepak.
"hah! aku cari kau nie sebab aku nak bagitau kau yang kelas esok di awalkan pukul 8 pagi. aku baru dapat tau tadi . jangan lupa tau , pukul 8 bilik tutorial 3 . see u tommorow dear !bye"..dia terus blah dari kafe tue . kemana perginya entahlah. biarlah. 


ada aku kesah? haha...

************************************************************************************************************

"awal giler aku datang , seekor manusia pun belum sampai . hummpp.. " aku duduk ambil tempat . aku tak tahu nak buat ape . aku tengok jam , dah pukul 7.55am. takkan takde orang kot... nak kol jiji la . entah-entah dia tak bangun.

"sorry, u have no sufficient......." suara ayu operator celcom menyapa dihujung talian. aduhai. takde kredit !!!! masa-masa macam nie pulak kredit takde. emm. tunggu jelah..

8.10am ...


dah 10 minit nie , mana diorang nie. takkan seorang pun tak datang... 

"prof, sorry saya lambat ! saya tertinggal bas tadi ! " 
tiba-tiba , seorang manusia yang datang dari pelusuk mana masuk bilik tutorial dan tak bagi salam , kalut , termengah-mengah macam orang tak betul .

aku toleh kebelakang .

dia lagi !  budak nie memang kan . asyik muka dia je . . takde ke muka orang lain aku nak tengok. 


"tak yah nak minta maaf sangat , prof tak masuk lagi. " aku bersuara.
dia terus duduk , nak ambil nafas . mesti dia berlari masa turun dari bas tadi . haha. padan muka . siapa suruh lambat . 

"kenapa takde orang lagi? " dia tiba bertanya setelah 2 minit membisu. 
"entah , pegi gotong royong kot. mana la aku tau. aku dah 15 minit dekat sini, sorang pun tak datang.."
dia tak bercakap dah , dia ambil handphone dia dan keluar dari bilik tue . dia nak kol orang kot . biar lah. seminit lepas tue dia masuk balik.

"kelas takde , cancel . ".. hanya itu yang dia cakap dan dia terus pergi tinggalkan aku sorang-sorang. 


sudah ! nie yang aku tak suka, nape jiji tak bagitau aku! argh ! 



************************************************************************************************************

errr ~~~napa lia tiba2 blank nie. dah tak tau nak sambung citer nie . sorry. part2 nie tergantung sikit . dan maybe lama lagi baru lia akan sambung. hehe. sebab lia ada keja lain lagi nak buat. insyaALLAH . kalau ada masa ada izin daripada ALLAH . lia akan sambung k ;) . sooryyy sangat2 .

sayang kamu semua . <3


lia nak online fb sat  , pastu nak tido ..

tata. :)

~LIA~






- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -