Popular Post

assalamualaikum.... salam ukhuwah :)

notakaki : pesanan dari penaja . hehe :P

jam menunjukkan 1:26AM ... wahh~ dah pagi .. alaa... dah biasa . heeeeeee :D ...  seperti yang dijanjikan lia nak buat cerita kan? ...

ok , lets start ! :D

fuhhhh ... *ambil mood*

*INI CINTA KAMI*
_________________________________________________________________________


PART 1 : Zainal , kau lagi !!!

"eh , kau kannn yang.... " aku terpegun , terkejut , terkesima . semua lah !
kenapa dia ada di sini. takkan dunia nie kecik sangat sampai dia sampai disini . takkan dia pun belajar dekat sini.
arrrggh !!! sudahhhh... habislah aku!!!


************************************************************************************************************


-4 SAINTIFIK -


" ok , ni lah kelas aku..... bismmilahirahmanirahim .... " dengan penuh semangat ku melangkah masuk kelas itu. Ramainya budak dalam kelas ni.... semuanya muka baik je ni.. harap2 tiada pape terjadi hari ni , bisik hati . susunan meja dalam kelas tue dah cantik , tepi kanan dan kiri 2 meja , tengah tiga meja .alrite ! aku pilih yang tengah , paling tepi baris kedua . lagipun sebelah tu macam dah ada orang.

" hummp ... siapa aku nak tegur nie , semua sibuk dengan hal masing2." sambil tengok sekeliling . tiba2 , ada suara menegur , "HAI !" ... aku pandang sebelah , eh . dah ada orang . haa... LELAKI ! ..emm.. mengucap ja la jawabnya nie . macam mana la aku boleh duduk sebelah lelaki nie.

"Assalamualaikum , are u okay?" , sambil petik jari depan mukaku .. adui.. malunya , kenapa aku boleh termenung . huh..."ah? yew... Waalaikumussalam. saya Aina Shafira , saya dari 3 CERDIK, saya baru masuk . saya tak tahu orang yang duduk sebelah saya lelaki , sebab tadi saya masuk tiada orang duduk sini . sebab tue saya duduk sini. Awak marah ke?" ... satu nafas aku bercakap ....

"hahahha.... aku kau sudah . chill la . jangan nak gelabah k . aku ok je . " ...kata si dia . "by the way , aku Zainal Azizan , aku dari 3 BESTARI , nice to meet u. ".. aduhai , manisnya senyumannya .
its gonna be my lucky years i think ! :D


Sehari bagaikan sejam je aku rasa , jatuh cinta? ahh ! umurku muda lagi , dalam fikiranku... tapi duduk sebelah dia , jantung ni tak berhenti berdegup .rasa macam nak selalu bercakap dengan dia . INDAH ~~~ . hanya itu yang mampu aku katakan :)


************************************************************************************************************

" Aina , kau buat pa tue?" ... terjenguk2 si Zainal nak tengok aku tengah tulis apa . "emm, adalah . jangan nak menyibuk sangat. pi main jauh2." ... best dapat buat dia curious ! :P ..."ya la , takpe , ko buat aku macam tue , ada lori ada perahu , lain kali aku pulak buat macam tu dengan kau." dia buat muka . " ada sedih ada marah, ada aku kesah? " hahaha... nak tergelak aku dibuatnya... " ok fine! " ... dia balas , tangannya laju belek buku.  buat2 baca buku la tue.
hari ini aku berkawan dengan dia hampir 3 bulan dan aku rasa masa begitu cepat untuk meninggalkan aku. kadang2 aku terasa penat untuk mengejar . Tapi tak mengapa , aku mesti teruskan usaha aku . Aku takkan pernah berasa penat selagi ada dia . haha. agak gatal di situ . InsyaALLAH , aku akan belajar dan terus belajar yang penting niat aku pergi sekolah tak terpesong .. hee. 

************************************************************************************************************

kringggggggggggggggggggg~!!!!!!!!!!

loceng rehat berbunyi menandakan masa rehat dah habis. aku balik ke kelas sambil bawa buku catatan yang selalu menemani ku ke mana saja . Pelajar-pelajar semua seperti angsa pulang ke rumah . Terkedek-kedek je berjalan. Aku masuk kelas , teringat kejadian awal pagi tadi , Zainal kan merajuk dengan aku. Timbul niat nak kenakan Zainal lagi. haha. Kejamnya aku. Aku tengok atas meja dia , ada kotak pensel ... aku pun ambil , cepat-cepat letak dalam laci mejaku.

hihihihi.... tersengih-sengih aku pandang kawan-kawan sekelas masuk .

"Aina , kau ada nampak kotak penselku?"... macam cacing kepanasan dia mencari. Aku masih berlagak cool . "eh , takde . cuba kau cari betul-betul. " ... aku tersenyum macam monyet dapat pisang. "emm.. betul ni, aku dah cari takde lah. aku letak atas meja tadi sebelum rehat. kau tolonglah aku cari." ... rasa macam best pulak tengok mamat ni kalut . haha. "aina , tolonglah cari !!" .. uik , mak kau... terkejut aku dia sergah aku macam tue. "adui , janganlah gelabah macam orang hilang anak . nah ! " ... aku hulur kotak pensel dia yang "comel" tue. "Aina, kau memang kan !!!sengaja nak buat aku marah hari nie ! " ... emm. macam marah betul2 je aku nampak dia nie . habislah aku. "alaa.... relax ar.. aku main-main je kan." .. ok ! tiada respon. dia tak pandang aku pun.


************************************************************************************************************
" Hai Zainal ... " .. senyuman termanis aku bagi dengan dia awal pagi tue. TIADA RESPON.ok , aku akan lenyap lepas nie ! dia masih marah aku. Takpelah , marah dia tak reda lagi kot. Nanti-nanti ok lah tue kan. aku pujuk diri yang dah gundah gulana .

Masuk hari ni dah seminggu lebih Zainal tak tegur aku. :'( sob~sob~ sob~ dah macam-macam cara aku buat untuk pujuk dia . aku pun dah tanya kawan dia , kawan dia bagitau aku dia memang marah sangat dengan aku . aku dah mati akal nak pujuk budak nie.

" kenapa dia nie? aku bagi coklat dia tak nak , aku tanya dia tak jawab , aku dah buat macam cara untuk pujuk dia . apahal ek? emm" aku kekeliruannn..

ADA APA SEBENARNYA DENGAN KOTAK PENSEL TUE?

hurrmmmm....




************************************************************************************************************

ok kawan-kawan , lia dah ngantuk giler2 nie . soryy kalau citer pasrt 1 tak best sangat . hehe. lia buat secara auto je nie . takde manual2 . :P ... ok . ada masa lia sambung .

mornite everyone . <3

sweet dream .

tatat~

~LIA~





- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -