Popular Post


ASSALAMUALAIKUM ...


selamat malam .salam sayang . salam SEMANGAT GMUKM :)

hari nie terasa nak cerita pasal GMUKM ... yang semakin hari semakin terasa bahangnya di UKM ..


apa itu GMUKM ?

Satu front dalam gerakan Mahasiswa yang mendokong falsafah Universiti dan berjuang dalam agenda kebajikan mahasiswa,STUDENT POWER!!!

atau dalam kepanjangannya GABUNGAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA . 
pilihanraya kampus akan diadakan dalam beberapa hari sahaja lagi .. 25 hb SEPTEMBER 2012 adalah hari penentu.. tak sabar nak undi . hehehe..
GMUKM sedang bersaing dengan ASPIRASI UKM .. yang juga sedang mempertahankan wakil2 pelajar mereka yang bertanding .

SERIOUSLY , aku tak pernah terbayang pun mau terikut2 benda nie , masa sekolah , apa lagi masa matriks ... tak peduli langsung .. sapa nak jadi wakil . jadilah .. sikap tak kesah .. (tak baik perangai nie.. wajib dibuang) ... masa masuk UKM nie barulah aku sedar betapa pentingnya wakil pelajar yang menghubungkan pelajar dengan pihak atasan . ya lah .. wakil2 pelajar adalah seolah2 penghubung , macam NETWORK , kalau tiada network macam mana nak online kan? haha. masuk pulak bab IT . dah2 .. :P

habis ja minggu mesra pelajar , timbul pulak isu2 politik dalam kampus . first2 tue baca2 je dalam group fb ukm ... pelik juga , apa nie . kenapa dorang gaduh2 nie . pastu yang pelik . yang gaduh2 nie guna profile ungu + biru.. haha... ungu VS biru . apa nie ? apa nie ? bluuuurrr ...

pastu terbaca satu post...

abg nie post dekt group tue ..
Ezuan Saad Ali Hussein
PMUKM : 1 TAHUN MENGISI KEMENANGAN, MEMAKNAI PERJUANGAN

".....Walau di posisi manapun dalam kepimpinan, jangan dilupakan amanah yang dipikul di belakang, yang diamanahkan oleh marhaen secara keseluruhannya.. amanah ini kelak akan dipersoalkan di hadapan Allah azza wajalla pada hari perhitungan.. justeru ayuhlah kita bersama, tidak kira samada pimpinan di saf hadapan, mahupun jentera penggerak disaf pertengahan dan belakang, bersama-sama kita menggembeling tenaga untuk memastikan kemenganan Islam ini akan diteruskan kesinambungannya..."
read more : http://mpmezuan.blogspot.com/2012/02/pmukm-1-tahun-mengisi-kemenangan.html
then , buka la link tue kan... serius wei . meremang bulu roma . hehe. dengan lagu nya lagi .baca isi blog tue .. sangatlah menaikkan semangat .. bha .. di situla mulanya inspirasi ku mau join ukm nie ..
sekarang nie semua pun sibuk berkempen sana sini . tapi ya la .. macam biasa .. GMUKM nie kan hebat ramai la yang jeles . mcm2 rancangan di buat oleh pihak lawan . macam la GMUKM nie terrorist . HAHA..

alhamdullilah . baru2 ne ada berita gembira . berita yang sangat tak disangka :)


sumber :
  http://www.facebook.com/boikotutusan

GMUKM menang 7 kerusi tanpa bertanding . ALHAMDULLILAH . :)

ALLAH MAHA MERANCANG . semoga ini akan jadi petanda baik untuk GMUKM . insyaALLAH .

k,lah ... apa2 pun. kamu ,kamu , dan kamu . mungkin post nie tak lah berapa jelas sgt . tapi nak minta tolong satu benda boleh ? tolong DOAKAN GMUKM MENANG :) 25/09/2012 akan melakar segalanya .

terima kasih semua .

salam sayang .

Ustaz Tantawi sentiasa mengingatkan diri bahawa:

“Kemenangan adalah anugerah Allah. Namun untuk menang syaratnya mestilah berjuang.

Pun begitu berjuang tidak semestinya menang. Jadi, berjuanglah kerana Allah s.w.t.”
COPY PASTE :)


~LIA~







- Copyright © hidup si Lia Bha nie ^^ - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -